BANTUAN SEGERA BENCANA MUSIBAH BANJIR

RM50 / 0.10 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM50,000

1 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

Hulurkan bantuan bagi meringankan beban mereka, khasnya anak-anak kecil, bayi dan mereka yang uzur kesihatan. Semoga Allah membalas amalan mulia kita dengan sebaik-sebaik ganjaran di dunia & akhirat.


BERAT MATA MEMANDANG, BERAT LAGI BAHU MEMIKUL BEBAN DERITA


Bencana banjir besar yang melanda semenanjung Malaysia di negeri Pantai Timur sebelum ini hampir memusnahkan semua peralatan rumah dan lain-lain. Ramai pihak telah mula pergi membantu, baru-baru ini kita dikejutkan dengan gelombang kedua di negeri Pahang iaitu Kuanta. Ada yang hilang tempat tinggal hingga terpaksa menumpang di rumah saudara mara mereka.


Mari kita sama-sama turut serta bantu mangsa-mangsa banjir untuk kembali menjalani kehidupan seperti biasa, Persatuan Penempatan Dan Pemulihan Penjara (PEMAAF) dan yang lain turut serta di dalam misi bantuan dan pemulihan mangsa-mangsa banjir ini. Tuan/Puan yang ingin memberi sumbangan ikhlas bagi membantu meringankan beban saudara kita rakyat Malaysia yang sedang mengharungi ujian getir bencana ini.




Pasukan sukarelawan PEMAAF yang terdiri daripada bekas-bekas pesalah penjara ingin turut serta membantu mangsa banjir dengan melakukan kerja-kerja amal. Mangsa banjir di beberapa daerah di Kuantan baru-baru ini merayu bantuan untuk membaiki rumah mereka yang rosak teruk akibat bencana baru-baru ini yang melanda. Mangsa yang berhadapan dengan banjir yang serius sehinggakan banyak barang di rumah perlu dibuang kerana kebanyakannya diperbuat daripada kayu yang mudah rosak akibat banjir. Terdapat banyak barang yang terpaksa dibuang, hampir penuh satu lori. Peralatan elektrik seperti mesin basuh dan peti ais pula masih tidak dapat dipasang lagi kerana mangsa risau terkena renjatan elektrik. 




Penduduk di perkampungan, Pekan Kuantan menyifatkan banjir baru-baru ini terburuk pernah dialami mereka sejak 30 tahun menetap di situ dan memohon agar pihak Persatuan Penempatan Dan Pemulihan Penjara (PEMAAF) untuk melihat kerosakan kediaman dialami mereka dan menghulurkan bantuan sepatutnya. Selain kerosakan harta benda seperti barang elektrik dan pakaian, rumah mangsa banjir juga rosak kerana banjir yang naik sehingga ke bumbung rumah mereka.



Mereka sekeluarga amat berterima kasih dengan bantuan orang ramai, namun apa yang amat diperlukan kini adalah bantuan bagi membaiki banyak kerosakan akibat banjir. Pihak Persatuan Penempatan Dan Pemulihan Penjara (PEMAAF) terpanggil untuk menggerakkan sukarelawan bekas-bekas penjara yang dipimpin oleh NGO PEMAAF untuk sama-sama membantu mangsa. Sumbangan anda diperlukan untuk meringankan beban mangsa-mangsa dan mereka yang terjejas akibat bencana banjir.


“Maka siapa yang mengerjakan kebaikan sekalipun seberat zarah, nescaya dia akan melihat ganjarannya. Dan siapa mengerjakan kejahatan sekalipun seberat zarah nescaya dia akan melihat balasannya”.



Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT tuhan semesta alam, selawat serta salam ke atas junjungan teragung Nabi Muhammad SAW dan ke atas ahli keluarga serta mereka yang mengikuti jejak langkah Baginda SAW hingga ke hari kiamat. Amalan menderma merupakan satu amalan yang sangat dituntut di dalam Islam. Sesungguhnya setiap apa yang didermakan kerana Allah SWT pasti akan mendapat ganjaran pahala seperti janji-Nya di dalam Al-Quran:


الَّذِينَ يُنفِقُونَ أَمْوَالَهُم بِاللَّيْلِ وَالنَّهَارِ سِرًّا وَعَلَانِيَةً فَلَهُمْ أَجْرُهُمْ عِندَ رَبِّهِمْ وَلَا خَوْفٌ عَلَيْهِمْ وَلَا هُمْ يَحْزَنُونَ


Maksudnya: Orang-orang yang membelanjakan (mendermakan) hartanya pada waktu malam dan siang, dengan cara sembunyi atau terbuka, maka mereka beroleh pahala di sisi Tuhan mereka, dan tidak ada kebimbangan (dari berlakunya kejadian yang tidak baik) terhadap mereka, serta mereka pula tidak akan berdukacita. (Surah al-Baqarah: 274)


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Tiada doa

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM50.00

Apr 29, 2023

Kempen Sumbangan Tamat