BANTUAN KECEMASAN MUSIBAH BANJIR DI BALING

RM4,835 / 9.67 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM50,000

167 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

Jom bantu mereka yang memerlukan dengan serendah RM10. Mungkin hari ini hari mereka hari kita belum tentu lagi. InshaAllah sumbangan yang diberikan akan memberikan ganjaran pahal kita kelak.


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera buat semua. Bagi yang belum mengetahui, musibah banjir telah melanda Baling semalam yang mengakibatkan 1490 mangsa yang terdiri daripada 109 terlibat. 3 Pusat Pemindahan Sementara (telah dibuka) setakat ini.Diberitakan 3 keluarga telah hilang dihanyut banjir, dipercayai daripada kepala air.



Ikrar Bantu tampil dalam misi membantu beban keluarga yang terkesan akibat musibah ini. Pertama adalah untuk menyediakan keperluan asas penduduk yang terjejas seperti :
1. Minuman dan pek makanan

2. Keperluan solat

3. Keperluan penjagaan wanita

4. Set penjagaan diri

5. Keperluan bayi seperti dypers dan susu

6. Barang keperluan dapur

7. Dan lain-lain keperluan semasa


Ikrar Bantu juga sedang mengusahakan dana tunai untuk keperluan penduduk yang mengalami kerosakan teruk akibat banjir,agar mereka dan sedikit berasa lega sehingga keadaan kembali betul-betul pulih. Harapan kami dengan barangan sumbangan yang akan diberi dapat mengukir senyuman meraka semula. Hitungan mangsa yang terlibat masih dijalankan dan setakat ini masih belum ada angka rasmi.



Ikrar Bantu merayu bagi yang berkemampuan agar turut bersama-sama menyumbang, bakti Tuan/Puan amat diperlukan pada ketika ini. Sikap membantu orang yang kesusahan ini adalah sifat orang-orang yang beriman. Ayuh bersama -sama Ikrar Bantu dalam membantu. Jazakallahu khairan kathira.



Yahya bin Muaz seorang tokoh sufi kurun ketiga pernah berpesan:

حبك الفقراء من أخلاق المرسلين ، وإيثارك مجالستهم من علامة الصالحين ، وفرارك من صحبتهم من علامة المنافقين

“Kecintaanmu pada orang-orang fakir miskin adalah akhlak para Nabi, menyantuni mereka dengan duduk bersama mereka adalah tanda-tanda orang yang soleh dan menjauhi mereka daripada mendampingi mereka adalah tanda-tanda orang munafik.” (Ittihaf Sadah al-Muttaqin)


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jul 06, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jul 06, 2022

Kempen Sumbangan Tamat