BANTUAN MUSIBAH KEBAKARAN FASA 2

RM126 / 0.21 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM60,000

7 Penyumbang

78 Baki Hari

Kongsi:

Tentang Kempen

Peluang dibuka bagi merebut pahala dengan memberi sumbangan untuk saham akhirat. Ayuh kita membantu saudara baru kita bina kehidupan kembali selepas kebakaran.


Untuk makluman, satu kebakaran di kedai pembersihan kereta di Bandar Baru Bangi Kajang yang dimiliki oleh saudara baru yang telah memeluk agama Islam pada 29 September 2022 telah mengalami bencana kebakaran pada 20 Januari 2023 beberapa hari yang lalu. Bencana tersebut telah mengakibatkan kemusnahan teruk terhadap kelengkapan mencuci kenderaan, satu kabin penempatan sementara saudara baru, pakaian dan pelbagai kelengkapan lain.



Dalam kejadian kebakaran yang berlaku pada tengah malam Ahad itu, tapak kedai pembersihan telah terbakar yang berpunca dari litar pintas dan keseluruhan penempatan sementara asnaf muallaf telah habis terbakar 100 peratus. Namun, tiada kemalangan jiwa berlaku kerana sempat melarikan diri. Semoga dengan sedikit sumbangan kewangan daripada saudara semua akan dapat meringankan beban dan kesedihan buat mangsa yang baru memeluk agama Islam.



Sehubungan dengan itu, Persatuan penempatan dan pemulihan penjara (PEMAAF) memohon kerjasama semua untuk membantu dengan memberi sumbangan ikhlas supaya saudara baru kita dapat meneruskan perniagaan dan meyakinkan mereka bahawa setiap dugaan akan menguatkan lagi penghijrahan mereka dalam mendalami islam. Diharapkan dengan adanya kutipan sumbangan ini dapat meringankan beban yang terpaksa ditanggung oleh mereka.



JOM TOLONG SAUDARA KITA! WALAU JAUH, INI BUKAN PEMISAH KITA.


Apa yang berlaku jika kita tidak membantu mereka? Kita tidak mahu mereka kembali ke agama asal mereka jika tidak dibantu. Kediaman dan perniagaan kecil ini telah hancur musnah ditelan api, sudah pasti mereka sedikit merasa kecewa dengan musibah yang melanda itu. Kebakaran ini juga telah mengakibatkan alatan menjual untuk gerai makanan kecil-kecilan, punca utama pendapatan mereka, musnah sepenuhnya ditelan api.


Bukan itu sahaja, bayangkan hampir semua stor menyimpan barang-barang penting rosak dan hancur akibat kejadian menyedihkan ini. Keadaan ini menyebabkan mereka terpaksa menumpang kembali di bawah jambatan dan menagih simpati orang ramai dengan kembali mengutip besi buruk demi meneruskan kehidupan setelah kesemuanya habis hangus dijilap api. Kesemua dokumen dan surat-surat dan kad memeluk Islam juga telah hangus terbakar dan merumitkan mereka untuk proses mendapatkan kembali dokumen penting tersebut.


Inilah masanya kita bantu saudara sesama Muslim. Kita amat beruntung sebab Allah tidak uji kita dengan ujian seberat itu sepertimana saudara baru ini. Kita bersyukur sebab kita termasuk dalam golongan yang Allah SWT jentik hati kita untuk bantu saudara baru ini. Jom kita ukir senyuman mereka kembali dengan membantu, berikan sedikit pertolongan bina sedikit demi sedikit kediaman sementara mereka.


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jul 21, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM50.00

Jul 18, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM26.00

Jul 18, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jul 18, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jul 18, 2023