YAYASAN GLOBAL SEDEKAH MOVEMENT

Dimulakan pada Aug 21, 2025

TIADA KEHANGATAN DI BAWAH LANGIT SYRIA

RM265 / 0.53 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM50,000

19 Penyumbang

38 Baki Hari

Kongsi:

Tentang Kempen

Jangan biarkan mereka melawan kesejukan sendirian. Hadirkan kehangatan di musim sejuk Syria ini. Sumbangan anda boleh menjadi selimut untuk seorang anak, makanan hangat untuk seorang ibu.


Musim sejuk di Syria bukan sekadar tentang suhu yang membekukan. Tetapi tentang penderitaan yang menyelimuti jutaan jiwa yang kehilangan rumah, kehilangan harapan, malah kehilangan ahli keluarga. Di wilayah barat laut Syria, penduduk masih tinggal di kem pelarian. Khemah mereka banyak yang koyak ditiup angin kencang atau rosak akibat hujan lebat. Kanak-kanak menggigil tanpa jaket, tanpa kasut, tanpa selimut. Mereka hanya berharap dapat tidur malam ini tanpa rasa lapar dan tubuh yang membeku.




Syria masih menjadi krisis pelarian terbesar di dunia. Jutaan pelarian bertahan hidup dalam keadaan yang amat tidak layak. Tiada pemanas bilik, tiada air bersih, tiada makanan yang mencukupi. Mereka bertahan hanya dengan sisa-sisa tenaga dan doa. Konflik di Syria belum berakhir. Rusuhan demi rusuhan terus memaksa orang awam melarikan diri, kehilangan tempat tinggal, dan hidup dalam ketidakpastian.



Lebih daripada sekadar keperluan fizikal, krisis ini telah meninggalkan luka yang mendalam di jiwa mereka. Ramai antara mereka mengalami trauma berpanjangan dan kemurungan. Malah, kes bunuh diri meningkat akibat tekanan hidup yang luar biasa.



Organisasi kemanusiaan terus berusaha di tengah kekurangan dana. Mereka memerlukan sokongan kita untuk menyediakan pakaian hangat, selimut, makanan, bahan bakar, dan perkhidmatan kesihatan. Namun tanpa bantuan kita, mereka tidak mampu berbuat banyak.



Mari, jangan biarkan mereka melawan kesejukan sendirian. Hadirkan kehangatan di musim sejuk Syria ini. Sumbangan anda boleh menjadi selimut untuk seorang anak, makanan hangat untuk seorang ibu, dan alat pemanas untuk sebuah keluarga yang masih tinggal di kem pelarian.


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Laporan Kempen

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Aug 23, 2025

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Aug 23, 2025

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Aug 23, 2025

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Aug 22, 2025