ISLAMIC RELIEF MALAYSIA

Dimulakan pada Nov 14, 2023

RAYUAN MUSIM SEJUK PALESTIN DAN YAMAN

RM540 / 10.80 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM5,000

16 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

Rakyat Palestin dan Yaman bakal mengharungi musim sejuk yang panjang dengan keadaan mereka yang serba serbi kekurangan. Jom bantu mereka!


Yaman dan Palestin perlukan bantuan anda untuk mengharungi musim sejuk akan datang. Musim sejuk melampau akan memberi kesan mendalam kepada kesihatan individu seperti gejala kulit menjadi kering dan menggelupas, hipotermia, ‘frostbite’ atau melecur, serangan jantung dan banyak lagi.


Di beberapa buah negara timur tengah seperti Syria, Palestin, Lubnan, dan Yaman, rakyat mereka tidak terkecuali daripada dilanda musim sejuk tidak lama lagi. Hakikatnya masih ramai di antara mereka tidak bersedia untuk mengharungi musim sejuk.



Yaman, sedekad dalam konflik.


Yaman merupakah salah sebuah negara termiskin di dunia. Lebih 21 juta penduduknya bergantung harap dengan bantuan kemanusiaan untuk meneruskan kehidupan, termasuk 11 juta kanak-kanak. Konflik yang berlarutan bertahun-tahun ini mengakibatkan ancaman kebuluran dan menjadikan ekonomi negara itu semakin memburuk.


“Kami sekeluarga terpaksa berpindah dan tinggal di kem pelarian Al Gufainah di Marib ini kerana peperangan yang berterusan. Saya hanya bekerja sambilan sebagai buruh kasar. Upah yang saya perolehi, tidak cukup untuk menampung keperluan kami sepenuhnya. Hidup kami sangat menderita ketika musim sejuk. Kami tidak mempunyai selimut dan tilam untuk menghangatkan diri di dalam khemah,” kata Ahmed Saleh Ahmed Mudafar.



Gaza, Palestin penjara terbesar di dunia


Angka korban di Gaza kini sudah mencecah lebih 10,000 termasuk lebih 5,000 kanak-kanak. Dianggarkan lebih 1.4 juta penduduk Gaza terpaksa melarikan diri sejak serangan tercetus pada 7 Oktober lalu. Penduduk di Gaza, Palestin sangat memerlukan bantuan dan sokongan daripada masyarakat dunia seluruhnya. Tahap kemusnahan yang berlaku di Gaza sangat dahsyat.


“Saya sangat risau memikirkan kehidupan anak-anak saya. Apa akan terjadi kepada mereka jika saya terkorban dan mereka terselamat? Siapa yang akan menjaga mereka? Saya juga terfikir, jika saya dan isteri terkorban, adakah anak-anak kami dapat mengecam mayat kami, meski kami memakai cincin perkahwinan yang terukir nama kami suami isteri. - Rakyat Gaza



Tahun ini, Islamic Relief Malaysia meneruskan lagi kempen Rayuan Musim Sejuk, bagi membantu penduduk terjejas khususnya di Taiz, Yaman, Semenanjung dan Utara Gaza, Khan Younis serta Rafah, Palestin. Antara bentuk bantuan yang akan diberikan ialah:


1. Selimut

2. Tilam

3. Baucar tunai

4. Bantuan baik pulih rumah

5. Makanan panas

6. Pek makanan

7. Bahan bakar

8. Kit kebersihan

9. Pakaian musim sejuk.



Kita semua adalah talian hayat yang boleh membantu saudara kita yang sedang diuji di luar sana. Bersama kita bantu mengikut kemampuan masing-masing.


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

IMRAN MUSTAPHA

Menyumbang sebanyak RM10.00

Feb 19, 2024

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM50.00

Feb 15, 2024

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM30.00

Feb 10, 2024

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM100.00

Feb 07, 2024

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM30.00

Jan 10, 2024

Kempen Sumbangan Tamat