BANTUAN PRIHATIN NADI BARU

RM432 / 0.43 %

Telah Terkumpul Daripada Sasaran Sumbangan RM100,000

19 penyumbang

356 Baki Hari

Kongsikan:

Tentang Kempen

KLUSTER penjara dan pusat tahanan terus melaporkan pertambahan kes COVID-19 dengan tertinggi hari ini melibatkan Kluster Penjara Jalan Harapan (Sungai Buloh) sebanyak 89 kes berdasarkan laporan dari Kementerian Kesihatan Malaysia di dalam akhbar utusan pada 20 April 2021.


Sehingga kini Penjara Sg Buloh dan Penjara Kajang tidak lagi memulakan program vaksinasi kepada banduan-banduan di dalam penjara. Manakala setiap hari dikatakan lebih 200 orang banduan dibebaskan dari Penjara Sg Buloh dan Penjara Kajang. Dari 200 orang banduan tersebut lebih kurang 70% banduan yang baru bebas tersebut tidak mempunyai tempat perlindungan, wang apatah lagi untuk memiliki telefon bimbit untuk mendaftarkan maklumat mereka di dalam aplikasi MySejahtera. Malah, ada di antara mereka tidak mempunyai kad pengenalan diri kerana telah hilang beberapa kali dan tidak mampu membayar denda kepada JPN untuk membuat kad pengenalan ganti.Pendek kata, mereka kebanyakkannya sehelai sepinggan selepas bebas dari tirai besi.


Oleh itu, Pertubuhan Kebajikan kami ingin membantu menguruskan program vaksinasi COVID-19 kepada bekas banduan yang baru bebas ini dengan membuat penggantian IC baru dengan JPN. Kemudian,  mendaftarkan maklumat mereka ke dalam MySejahtera APPS untuk temujanji untuk program vaksinasi covid-19. Oleh kerana, kebanyakan mereka tidak mempunyai pengangkutan agak sukar bagi mereka untuk ke tempat vaksin tersebut. Wabak COVID-19 adalah amat berbahaya, banduan yang baru bebas ini boleh menyebarkan wabak ini kepada masyarakat dan komuniti di luar sana yang tidak lagi mengambil vaksin atas sebab-sebab tertentu memudahkan wabak ini tersebar dan merebak tinggi dalam komuniti rakyat Malaysia.


Pihak Kami juga sangat memerlukan mempunyai tempat penempatan sementara utk lelaki & wanita( pusat transit). Oleh itu, sumbanglah derma anda bagi kami membantu mengurangkan risiko wabak ini kepada semua lapisan warga Malaysia yang amat prihatin. Sesungguhnya derma ikhlas tuan dan puan ini sebagai peluang kedua kepada golongan bekas banduan ini untuk diterima komuniti masyarakat dan seterusnya membina perniagaan mereka dan menambahkan  pendapatan.

Anda merasakan kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Kongsikan:

Perkembangan Terbaru

Tiada perkembangan

Doa-doa #Penyumbang

Rujukan Teratas

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

MUHAMAD EDDLEEZA BIN KHMIS

Menyumbang sebanyak RM25

Sep 17, 2021

ZARINA BINTI MOAAJAM

Menyumbang sebanyak RM10

Sep 17, 2021

HAMBA ALLAH

Menyumbang sebanyak RM17

Sep 16, 2021

ZARINA BINTI MOAAJAM

Menyumbang sebanyak RM10

Sep 16, 2021

HAZLAMI ABD MANAN

Menyumbang sebanyak RM10

Sep 15, 2021