Masjid Abu Ubaidah Al Jarrah

Dimulakan pada Nov 04, 2020

INFAK SUMBANGAN

RM30,296 / 100.99 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM30,000

633 Penyumbang

Kempen Berjaya

Kongsi:

Tentang Kempen

Masjid Abu Ubaidah Al Jarrah atau dikenali dengan nama Masjid Sri Rampai beralamat di Jalan 1/26 Taman Sri Rampai 53300 Setapak Kuala Lumpur. Mula dibina pada tanggal 27 Januari 1986 dan dirasmikan ol...

Masjid Abu Ubaidah Al Jarrah atau dikenali dengan nama Masjid Sri Rampai beralamat di Jalan 1/26 Taman Sri Rampai 53300 Setapak Kuala Lumpur. Mula dibina pada tanggal 27 Januari 1986 dan dirasmikan oleh Sri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong Al-Mutawakkil 'Alallah Sultan Iskandar Ibni Al-Marhum Sultan Ismail pada 31 Januari 1989. Masjid boleh menampung seramai 2500 jemaah dalam satu masa. Seperti yang sedia maklum, tahun 2020 merupakan tahun yang agak mencabar untuk ditempuhi, kita semua diuji dengan wabak pandemik COVID-19 bukan sahaja di Malaysia bahkan rakyat seluruh dunia merasainya. Kesan daripada wabak ini, sedikit sebanyak memberi kesan kepada masjid, jumlah orang ramai hadir solat berjemaah terpaksa dihadkan dan secara tidak langsung menjejaskan pendapatan masjid. Oleh kerana usia masjid mencecah 34 tahun, maka terdapat beberapa kerosakan pada struktur dan juga fizikal masjid. Pihak masjid dalam proses menambah baik dan menaik taraf :

1) Sistem Siar Raya
2) Penata Cahaya
3) Tempat Bilik Wudhuk Wanita

Anggaran kos untuk ketiga-tiga perkara di atas berjumlah RM 75,300.00. Sehubungan itu, pihak masjid menyeru orang ramai menyumbang untuk masjid agar perkara yang dinyatakan si atas dapat dilaksanakan. Semoga sumbangan tuan-puan semua mendapat keberkatan dan barakah dari Allah s.w.t.

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM50.00

Mar 26, 2021

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM100.00

Mar 23, 2021

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM50.00

Mar 21, 2021

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM50.00

Mar 19, 2021

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Mar 16, 2021

Kempen Sumbangan Tamat