Belum berdaftar? Daftar sekarang!
Buat carian Kempen
RM4,114 / 13.71 %
Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM30,000
216 Penyumbang
Kempen Berakhir!
Assalamualaikum WBT para hadirin yang budiman. Akademi Tahfiz Al Hidayah sudah mencapai lebih 20 tahun beroperasi di Jalan Gurney 3 Kuala Lumpur. Untuk makluman semua, surau utama kami yang sudah dimamah usia ini adalah tempat utama untuk program-program perhimpunan anak-anak di sini selain berfungsi sebagai tempat kami melakukan ibadah rukun islam yang ke-2 secara berjemaah sehari semalam. Kini, surau ini sudah berada dalam keadaan yang perlu dinaiktaraf semula demi memastikan keselamatan anak-anak tahfiz disini.
Semenjak sesi persekolahan tahun 2022, kami bergilir dalam 3 kumpulan jemaah untuk menunaikan solat kerana menggunakan ruangan lain yang sedikit kecil. InshaAllah surau terbuka yang akan dinaiktaraf ini dapat mengembalikan rutin harian ibadah kami secara beramai-ramai. Surau ini juga akan digunakan sebagai kelas bagi murid-murid yang sekarang menggunakan sebahagian ruang tersebut bagi aktiviti pengajaran dan pembelajaran.
Projek pembinaan dan menaiktaraf surau ini dijadualkan pada cuti sekolah bulan September 2022. Pihak kami akan menggunakan 100% dana yang dikumpul untuk projek ini. Segala perkembangan mengenai surau ini akan kami berikan dari masa ke masa sebagai bukti ketelusan pihak Akademi Tahfiz Al Hidayah dan penghargaan kepada para penyumbang.
Akhir kalam, pihak Akademi Tahfiz Al Hidayah mendahului sumbangan tuan/puan dengan jutaan terima kasih. Hanya Allah yang dapat membalas segala kebaikan tuan/puan.
Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami
MOHD AKMAL BIN AZHAR
Menyumbang sebanyak RM10.00
Aug 28, 2022
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM100.00
Aug 28, 2022
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM50.00
Aug 28, 2022
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Aug 28, 2022
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Aug 28, 2022