YAYASAN ACEH MORINGA CENTER

Dimulakan pada Jan 23, 2024

RAIH KEBERKATAN SUMBANGAN NASI UNTUK PELAJAR DHUAFA

RM10 / 0.33 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM3,000

1 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

Marilah kita berganding bahu dalam kebaikan dan meninggalkan tanda kebaikan untuk pondok pesantren ini.


Pondok Pesantren Zurriatul Maarif merupakan tempat yang memupuk semangat keilmuan dan kerohanian di kalangan generasi muda. Kehadiran pondok pesantren ini memberi peluang kepada anak-anak miskin mendapat pendidikan agama yang berkualiti. Namun, tidak dapat dinafikan mereka juga menghadapi pelbagai cabaran ekonomi. Justeru, kami mengadakan kempen ini untuk memberi bantuan berupa beras kepada mereka yang sedang berusaha menghafaz Al-Quran.



"Dan mereka memberi makan (orang-orang yang dalam kesusahan), iaitu orang-orang miskin, anak yatim dan tawanan, (memberi makan) walaupun dia lebih menyukainya." (Surah Al-Insan, 76:8)


Ayat ini mengajarkan pentingnya menyediakan makanan kepada orang yang memerlukannya, termasuk anak-anak yang sedang berusaha untuk menghafal Al-Quran.



"Orang yang memberi makan kepada orang yang hafal Al-Quran di bulan Ramadhan, akan mendapat pahala seperti pahala orang yang berpuasa, tanpa mengurangi pahala orang yang berpuasa itu."

(Hadis Riwayat Ahmad)


Hadis ini menekankan betapa pentingnya pemberian makanan kepada mereka yang sedang bertungkus-lumus menghafaz Al-Quran khususnya di bulan Ramadan.



Sedekah beras membantu menjaga kebajikan anak yatim dan fakir miskin di pondok pesantren. Dengan menyediakan bantuan makanan, kami membantu menjaga dan menyokong pertumbuhan mereka. Pemberian bantuan makanan kepada penghafal Al-Quran di pondok pesantren merupakan bentuk dukungan terhadap pendidikan agama. Dengan bekalan yang mencukupi, mereka boleh fokus belajar dan menghafaz Al-Quran.


"Sedekah tidak akan mengurangkan harta dan tidak akan menghalang (takdir)." (Hadis Riwayat Muslim)



Kempen ini  adalah seruan untuk berganding bahu membangunkan masa depan generasi penghafaz Al-Quran. Melalui penjagaan dan kebaikan kita, kita boleh menjadi sebahagian daripada perubahan positif dalam kehidupan mereka.


Marilah kita berganding bahu dalam kebaikan dan meninggalkan tanda kebaikan untuk pondok pesantren ini. Sertai segera dan memeriahkan kempen ini dengan menyebarkan rahmat kepada mereka yang sedang berjuang. Semoga Allah SWT memberikan ganjaran yang berlipat ganda atas setiap kebaikan yang kita lakukan.


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

MANISAH BINTI MOHD ZAHARI

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jan 24, 2024

Kempen Sumbangan Tamat