KESELESAAN BUAT NEK SULING FASA 2

RM75 / 2.50 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM3,000

6 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

Fasa 1 telah disempurnakan. Jom kita bantu Nek Suling jalani kehidupan selesa. Membantu dan menolong orang lain amat besar pahalanya dan sentiasa mengalir pahalanya di sisi Allah.


Kadangkala kehidupan saudara mara atau sahabat handai atau jiran tetangga menjadi satu cabaran bagi kita. Di kalangan kita adakalanya mengalami kehidupan yang sukar walaupun di hujung usia. Apatah lagi tempat bergantung juga kurang berkemampuan untuk memberikan keselesaan hidup.



Nenek Suling tinggal di daerah Ledang Mukim Serom. Di usia lewat 70an nenek Suling hanya tinggal di rumah yang hanya sekadar dapat melindungi panas atau hujan. Yang penting bagi beliau adalah keselesaan untuk beliau beribadat dan tempat tinggal. Tiada apa lagi permintaan nenek selain daripada keselesaan hidup dan bukannya kemewahan.



Namun demikian, rumah sekadar rumah dan hanya dapat berlindung dari panas dan hujan. Pihak persatuan berpendapat bahawa Nenek perlu dibantu demi keselesaan hidupnya. InsyaAllah bantuan akan dihulurkan walau apa sekalipun. Melihat nenek seolah-olah melihat kepada nenek kita yang sihat dan selesa di dalam rumah.



Pihak Amal akan cuba membantu sedaya upaya memberikan bantuan sama ada bantuan bakul makanan ataupun peralatan yang sesuai seperti kipas, lampu atau membaiki bahagian-bahagian rumah yang telah uzur. InsyaAllah bantuan dari sahabat-sahabat sekalian akan dimanfaatkan sepenuhnya. Pihak kami telah memberikan bantuan pada fasa 1 dan sekarang bantuan fasa 2 pula digerakkan.



Dari Abu Hurairah ra, Nabi SAW, bersabda: “Barang siapa yang melepaskan satu kesusahan seorang mukmin, pasti Allah akan melepaskan darinya satu kesusahan pada hari kiamat. Barang siapa yang menjadikan mudah urusan orang lain, pasti Allah akan memudahkannya di dunia dan di akhirat. Barang siapa yang menutupi aib seorang muslim, pasti Allah akan menutupi aibnya di dunia dan di akhirat. Allah senantiasa menolong hamba Nya selama hamba Nya itu suka menolong saudaranya.”
(HR Muslim)

Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

May 24, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM15.00

May 24, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

May 24, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

May 24, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM20.00

May 24, 2023

Kempen Sumbangan Tamat