Belum berdaftar? Daftar sekarang!
Buat carian Kempen
PERSATUAN KEBAJIKAN PRIHATIN RAKYAT BATU PAHAT
Dimulakan pada Nov 22, 2024
RM792 / 26.40 %
Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM3,000
30 Penyumbang
Kempen Berakhir!
Tatkala anak-anak lain sedang sibuk belajar, menimba ilmu dan mendalami ilmu akademik dan agama, masih terdapat lagi golongan yang tidak berpeluang untuk mengecapi alam atau zaman persekolahan seperti anak-anak biasa dan perkara ini amatlah serius kerana ianya berkait rapat dengan masa depan agama, bangsa dan negara kita sendiri.

Oleh yang demikian, Persatuan Kebajikan Prihatin Rakyat Batu Pahat (PKPR Batu Pahat) terpanggil untuk menjayakan sebuah inisiatif kecil yang mana menerusi Kempen Misi Pendidikan: Kelas Mengaji, Asas Iqra, dan Kelas Fardhu Ain. Pihak persatuan menetapkan matlamat untuk membantu keluarga yang tidak berkemampuan, kelompok masyarakat yang jauh di pedalaman, serta anak-anak kecil yang memerlukan, iaitu dalam memastikan mereka dapat mempelajari asas kepada mengaji, serta asas fardhu ain yang diperlukan sebagai seorang muslim.

Pihak persatuan dengan ini menyeru masyarakat di luar sana dapatlah kiranya untuk menghulurkan sedikit bantuan dalam membantu kami untuk menjayakan usaha ini. Dalam memastikan paksi ajaran agama islam terus tersebar dan juga memastikan anak-anak yang tercicir ini mendapat asas pendidikan yang diperlukan dalam menjalani kehidupan seharian mereka sehingga dewasa kelak.

“Orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh lalu menerbitkan tujuh tangkai, kemudian setiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji benih. Dan Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya, dan Allah Maha Luas kurniaNya, lagi Maha Luas pengetahuanNya. “ (Surah Al-Baqarah, Ayat 261)
Jom #BuatBaik!
Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Assalamualaikum wbt. Alhamdulillah telah kami bantu anak anak mengaji dengan menggunakan sumbangan anda. Terima kasih.

SITI KHAMISAH MD HASSAN
Menyumbang sebanyak RM10.00
Nov 25, 2024
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Nov 25, 2024
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM15.00
Nov 24, 2024
GAN THIAM SENG
Menyumbang sebanyak RM10.00
Nov 24, 2024
KHAIRUL ANUAR
Menyumbang sebanyak RM10.00
Nov 24, 2024