Belum berdaftar? Daftar sekarang!
Buat carian Kempen
MASJID NUR BADRI KG SERI DAMAI SILAM LAHAD DATU
Dimulakan pada Sep 22, 2022
RM3,495 / 3.53 %
Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM99,000
140 Penyumbang
Kempen Berakhir!
Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera para penyumbang yang dirahmati Allah. Pada tahun 1997, Surau Kg Seri Damai telah dibina berasaskan kayu,papan dan papan lapis bagi tujuan memudahkan orang kampung yang baru berpindah untuk solat berjemaah. Pembinaan ini telah dilaksanakan secara gotong royong dan kos pembinaan adalah sumbangan masyarakat kampung yang telah diasaskan oleh Allahyarham Tn Hj Andres Hj Mohd Montama bersama Allayarham Tn Hj Salman, Allayarham En Nasarta dan Tn Hj Madsarani, Allayarham En Marali Hj Montama, Tn Hj Singkina Hj Mohd Montama dan En Ibni Hasim Hj Mohd Montama serta beberapa orang kampung. Surau ini telah dinaiktaraf setelah mendapat sumbangan peribadi dari hamba Allah dan berganjak sedikit ke tapak yang sedia ada.
Pada Tahun 2008, surau ini telah dinaiktaraf menjadi masjid atas keperluan masyarakat kampung yang agak jauh untuk berulang alik menunaikan solat jumaat dari kampung ke bandar atau masjid yang terdekat iaitu masjid PGA. Masjid Nur Badri Kg Seri Damai Silam Lahad Datu adalah masjid lama penduduk Kampung Seri Damai yang telah dibina 20 tahun lamanya.
Inisiatif ahli masjid untuk menaik taraf bangunan solat Muslimah dan kelas mengaji Al-Quran disebabkan pertambahan penduduk sehingga tidak mampu memuatkan Muslimah yang ingin solat di masjid contohnya pada bulan Ramadhan. Tambahan juga masjid ini digunakan sepenuhnya oleh penduduk untuk mengadakan aktiviti keagamaan seperti kelas mengaji Al-Quran.
Hasil dari kutipan tersebut akan digunakan untuk menyiapkan bangunan kelas fardhu ain dan kelas mengaji Al-Quran berbumbung, dipasang jubin, dicat luar dan dalam, pendawaian elektrikal serta dilengkapi penghawa dingin. Seterusnya, menyiapkan ruang solat Muslimah bersambung dengan kelas fardu ain tersebut.
Orang-orang yang beriman dan berhijrah serta berjihad di jalan Allah dengan harta benda dan diri mereka, adalah lebih tinggi darjatnya di sisi Allah; dan itulah orang-orang yang mendapat kemenangan.
(Surah At-Taubah, Ayat 20)
Jom #BuatBaik!
Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Sep 23, 2022
MOHAMMAD SHAFIQ ZAINON
Menyumbang sebanyak RM10.00
Sep 23, 2022
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM30.00
Sep 23, 2022
NURUL HUSNA
Menyumbang sebanyak RM10.00
Sep 23, 2022
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Sep 23, 2022