DANA BANTUAN PEMBELIAN PENUH RUMAH NUR EHSAN FASA 2

RM19,096 / 6.37 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM300,000

777 Penyumbang

67 Baki Hari

Kongsi:

Tentang Kempen

Matlamat kempen ini adalah untuk bertujuan membeli bangunan sedia ada yang akan dijadikan penempatan perlindungan yang lebih selesa untuk warga emas yang terabai dan tidak berwaris.


Persatuan Kebajikan Nur Ehsan Negeri Johor (PKNENJ) telah beroperasi sejak November 2008 dan kini lebih 70 penghuni warga emas tidak berwaris, terabai, serta mualaf yang telah dirujuk oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Majlis Agama Islam Johor (MAIJ), Jabatan Agama Islam Johor (JAIJ), dan Unit Sosial Hospital. 



Tujuan penubuhan rumah kebajikan ini adalah untuk memberikan penempatan dan perlindungan serta khidmat penjagaan dan rawatan kepada golongan-golongan ini.



Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud :


“Sesiapa yang melepaskan saudara mukmin daripada kesusahan di dunia maka Allah akan melepaskan kesusahannya pada hari kiamat.” (Hadis Imam Nawawi)



Penghuni Nur Ehsan Golongan Lelaki dan Wanita



Peta bangunan yang pihak Nur Ehsan sedang usaha untuk beli sekarang ini.


Persatuan kebajikan ini sentiasa berusaha mencari insiatif terbaik bagi membantu lebih ramai lagi insan-insan yang memerlukan tempat perlindungan ini. Jadi, disebabkan itulah PKNENJ berhasrat untuk melancarkan Fasa Ke-2 kempen “Dana Bantuan Pembelian Rumah Perlindungan Warga Emas Nur Ehsan” bagi mengumpul dana untuk pembelian rumah sedia ada yang menempatkan golongan wanita serta tanah yang bernilai RM1.2 juta. 



Sebelum ini, pada Fasa 1, kempen yang dijalankan telah berjaya mengumpulkan sebanyak RM600,000 dan telah dibayar deposit kepada pemilik tanah tersebut.


Walau bagaimanapun, usaha ini masih perlu diteruskan oleh kerana baki hutang pembelian masih ada RM600,000 yang perlu diselesaikan sebelum Jun 2025  disebabkan tempoh yang diberi teramat singkat dan sekiranya tidak berjaya diselesaikan, pihak PKNENJ akan dikenakan bayaran yang lebih tinggi mengikut harga jualan tanah terkini.


Namun, usaha pihak PKNENJ tidak akan terhenti selagi mana usaha untuk miliki rumah sedia ada itu belum tercapai sebelum tempoh yang telah dinyatakan.



Suasana dan keadaan fasiliti di pusat kebajikan yang sempit dan kebanyakkan kemudahan perlu diganti baru yang lebih selamat untuk digunakan oleh penghuni.


Ini kerana, selain dari ingin menambah kemudahan dan keselesaan, mereka juga berhasrat untuk mewujudkan “Rumah Kekal” supaya lebih ramai lagi insan-insan yang kurang bernasib baik di luar sana juga dapat dibantu sebaiknya.



Penghuni kebanyakan sudah tidak berdaya untuk merawat diri mereka sendiri, maka selama berada di sini, rawatan dan penjagaan kebajikan mereka tidak pernah diabaikan.


Selain itu, dengan kempen ini juga mereka akan gunakan untuk pembelian fasiliti dan kelengkapan yang lebih berkualiti dan selamat untuk menambah lagi kemudahan yang masih tidak cukup sekaligus memberi keselesaan buat penghuni di sini.



Keadaan penghuni yang kebanyakkan dah terlalu uzur dan mereka diberikan penjagaan yang baik selama mereka berada di pusat kebajikan Nur Ehsan.


Justeru, pihak PKNENJ dengan rendah hati memohon rayuan daripada tuan dan puan yang budiman untuk bersama dalam usaha ini bagi membantu lebih ramai mereka yang memerlukan bantuan penempatan sepertimana pihak Nur Ehsan sedang usahakan.


Jika terdapat sebarang pertanyaan, kemusykilan mahupun aduan, tuan-tuan dan puan-puan boleh terus berhubung dengan Encik Saiful iaitu pengurus dan penjaga Pusat Kebajikan Nur Ehsan di  Pusat Kebajikan Nur Ehsan Negeri Johor, No.1034, Lot. 3353 MLD, 3, Jalan Denai 1, Kempas Baru, 81200 Johor Bahru, Johor. Nombor untuk dihubungi 013-7940350.


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Aug 04, 2024

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Aug 04, 2024

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Aug 03, 2024

ROSLI BIN SUNTANG

Menyumbang sebanyak RM25.00

Aug 03, 2024

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Aug 02, 2024