BANTU ANAK-ANAK YATIM ASNAF RAUDHATUL NURR JANNAH MEMILIKI RUMAH PERLINDUNGAN KEKAL

RM11,163 / 22.33 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM50,000

443 Penyumbang

134 Baki Hari

Kongsi:

Tentang Kempen

Tujuan kempen ini dijalankan adalah untuk membeli sebuah rumah untuk dijadikan hak milik kekal bagi menempatkan anak-anak yatim dan asnaf di bawah jagaan pertubuhan kami


Sejak 9 tahun lepas, Pertubuhan Raudhatul Nurr Jannah telah bertempat di sebuah rumah tiga tingkat di Gombak. Tetapi sejak Disember 2023, kami terpaksa keluar dari rumah ini kerana pemilik rumah ini mahu menjual rumah tersebut dan tidak mahu menyewakannya lagi.


“Bila kami terpaksa keluar dari rumah ni, JKM tarik semula Sijil Sah Perakuan. Jadi sekarang kami sudah tidak di bawah JKM.” - Puan Zurina, pengasas Pertubuhan Raudhatul Jannah.



Kini, anak-anak ini tidak dapat lagi tinggal bersama di bawah rumah perlindungan ini. Mereka semua telah dipulangkan semula kepada waris mereka kerana rumah Raudhatul Nur Jannah tidak boleh beroperasi tanpa kebenaran JKM.


Telah banyak kos pengubahsuaian yang dilakukan di rumah ini bagi menepati piawaian yang dikehendaki. Itu belum termasuk masa dan usaha yang telah dilaburkan untuk menjadikan rumah ini rumah yang selamat dan selesa untuk didiami oleh anak-anak yatim ini. Tapi kini ianya sia-sia apabila mereka tidak lagi dibenarkan tinggal di situ.


Sayang rasanya melepaskan rumah yang menyimpan 1001 kenangan anak-anak yatim selama 9 tahun di sini. Oleh itu, kami memilih untuk tetap terus tinggal dan memiliki rumah ini.



Usaha Puan Zurina membeli rumah ini adalah untuk terus menjaga dan mengasuh anak-anak dari persekitaran yang negatif dan mendidik mereka menjadi orang yang berjaya dan cemerlang.


Walaupun sekarang anak-anak tidak lagi dapat tinggal bersama di bawah satu bumbung, tetapi kebajikan mereka masih dijaga oleh Puan Zurina walaupun ianya jadi satu kesukaran buat pihak pengurusan untuk memantau dan berhubung dengan setiap satu anak-anak.



Dengan ini, seluruh pengurusan dan anak-anak yatim di Radhatul Nurr Jannah memohon jasa baik anda semua untuk menyalurkan sumbangan agar rumah perlindungan mereka dapat dimiliki secara kekal.


“Barangsiapa yang memelihara anak yatim dan memberinya makan dan minum nescaya Allah akan memasukkannya ke dalam syurga kecuali jika dia melakukan dosa yang tidak dapat diampuni.” (Riwayat al-Tirmizi)


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Laporan Kempen

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jul 12, 2024

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jul 11, 2024

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jul 11, 2024

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jul 11, 2024

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jul 11, 2024