Program sumbangan ini khusus untuk anak-anak asnaf yang terdiri daripada golongan OKU. Mereka ini ada yang OKU mental, sindrome down, bisu, pekak dan autisme. Mereka amat memerlukan bantuan untuk meneruskan kehidupan kerana sebahagian mereka perlu mendapatkan rawatan susulan secara berkala di hospital selain memerlukan bantuan keperluan sekolah. Sebahagian mereka ada yang tinggal bersama keluarga dan ada yang dijaga oleh pusat jagaan persendirian. Bantuan untuk mereka ini adalah sebagai ikhtiar tambahan pihak kami untuk mereka kerana bantuan biasa yang diterima dari pihak berwajib adalah amat minima.

Oleh itu, sumbangan yang diterima melalui kempen ini akan disalurkan khusus untuk anak-anak golongan asnaf yang berstatus OKU yang berada di sekitar negeri Selangor. Pengagihan bantuan akan diberi mengikut maklumat yang diperolehi sama ada dari Pusat Zakat Selangor, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), ketua kampung, pengerusi masjid/ surau atau pemimpin NGO setempat. Bantuan yang mereka perlukan adalah bantuan kewangan dan barangan keperluan harian seperti makanan asas kering.

Sesungguhnya membantu mereka ini amatlah selari dengan pesanan Rasulullah SAW yang bermaksud: “Sesiapa yang membebaskan seseorang dari kesusahan dunia, maka Allah akan melepaskannya dari kesusahan hari kiamat. Siapa yang memudahkan orang yang dalam kesusahan maka Allah akan memudahkannya di dunia dan akhirat. Siapa yang menutup aib saudaranya yang Islam maka Allah akan menutup aibnya di dunia dan akhirat. Allah akan membantu hamba selagi mana hamba membantu saudaranya.” (HR. Muslim)

Oleh itu, kami berharap dan sangat mengalu-alukan Tuan/ Puan agar dapat menghulurkan sumbangan supaya lebih ramai golongan anak-anak asnaf OKU dapat dibantu. Mudah-mudahan setiap sumbangan yang dihulur akan menjadi saham akhirat yang dapat membantu kita memperoleh keredhaan Allah SWT. Kami mendoakan agar para penderma sekalian sentiasa dipermudahkan urusan serta dikurniakan rezeki yang tidak putus-putus dan dilimpahkan keberkatan.

Dalam sebuah hadis, Rasulullah SAW ada bersabda yang bermaksud: “Manusia yang paling dicintai oleh Allah adalah yang paling bermanfaat untuk manusia. Dan amalan yang paling dicintai oleh Allah adalah kegembiraan yang engkau masukkan ke dalam hati seorang mukmin atau engkau hilangkan salah satu kesusahannya, atau engkau membayarkan hutangnya, atau engkau hilangkan kelaparannya.” (HR. At-Tabrani)
Jom #BuatBaik!

Tiada perkembangan
Tiada Rujukan Terkini
Belum ada yang merujuk kempen ini