Pusat Jagaan Titian OKU Nur

Dimulakan pada Jan 09, 2024

BANTUAN DANA OPERASI BUAT WARGA EMAS TIDAK BERWARIS

RM32,531 / 21.69 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM150,000

900 Penyumbang

246 Baki Hari

Kongsi:

Tentang Kempen

Tujuan bantuan diperlukan adalah bagi membantu meringankan bebanan penjagaan 70 orang warga emas OKU yang tidak berwaris dan terabai, mangsa penderaan dan gelandangan yang tiada tempat perlindungan.


“Pusat Jagaan Titian OKU Nur”, yang berlokasi di Rawang ini telah beroperasi sejak tahun 2005 yang telah diasaskan dan dilaksanakan oleh Puan Normah binti Adlan atau lebih dikenali sebagai Puan Normah. 



Kebanyakan (kini terdapat hampir 70 penghuni) penghuni warga emas OKU yang tinggal di sini tidak berwaris, terabai, mangsa gelandangan dan ada juga di antara mereka yang mempunyai waris, namun, tidak dituntut oleh sebab masalah-masalah tersendiri. Malah, mereka ini kebanyakannya juga lumpuh (bedridden) dan berkerusi roda. 




Untuk makluman juga, pengoperasian pusat jagaan ini adalah bergantung dengan bantuan dan sumbangan dari orang ramai. Namun, sudah berbulan dana untuk menampung warga emas OKU yang tinggal di sini saat ini tidak mencukupi disebabkan faktor kenaikan harga barang bekalan yang tinggi.


“Sebab mak ayah OKU ke, buatkan ramai yang geli dan tak sudi untuk kongsikan kasih sayang dengan kami?”



Pedih dan sedih rasa hati kami bila dengar luahan warga emas ni. Meskipun mereka mengalami kekurangan fizikal dan mental, tapi jauh di sudut hati, mereka terlalu rindu nak merasai kasih sayang dari orang sekeliling mereka walaupun tiada lagi keluarga di sisi. Namun, warga emas ini tetap tak putus asa meneruskan kehidupan mereka di sini.



Dengan keadaan mereka yang tidak cukup bekalan harian di sini serta kemudahan yang banyak telah rosak dan perlu diperbaiki demi keselesaan buat warga emas OKU di sini. Inilah sebab kenapa kami membuka ruang kepada anda di luar sana untuk sama-sama membantu penghuni-penghuni yang memerlukan saat ini. 



Dana Bantuan Operasi Untuk Menampung Bekalan Harian Buat Warga Emas OKU


Isu yang amat merunsingkan kami saat ini adalah bekalan harian buat warga emas di kedua-dua rumah perlindungan (lelaki dan perempuan) ikutkan sudah berbulan tak cukup sehingga kami terpaksa hadkan segala bekalan yang ada.



Malah, bekalan ubat-ubatan mereka, susu kalsium dan protein, yang hanya dibeli sekiranya ada bantuan atau sumbangan yang diterima dari orang ramai oleh kerana kami kekurangan dana untuk tampung banyak perkara buat penghuni di sini. Disebabkan kami ingin warga emas di sini mendapat bekalan dan penjagaan yang cukup, saya (penjaga dan pengasas) terpaksa berhutang dengan pihak lain sikit demi sedikit semata-mata untuk menampung penghuni.



Namun lama-kelamaan, untuk mengekalkan perbelanjaan bulanan sebanyak RM50,000 sebulan tidak dapat lagi ditampung oleh kami di sini. Walaupun kami hadapi masalah dana saat ini, kami tetap tidak abaikan kebajikan warga emas di sini. Pihak jagaan bukan tidak pernah usahakan, namun kami faham dengan masalah ekonomi sekarang yang tidak menentu.



Maka, dengan adanya penambahan kewangan ini segala masalah yang dihadapi dapat diselesaikan oleh kerana kami mengalami tekanan untuk memikirkan bagaimana kami nak usahakan demi warga emas OKU di sini. Hal ini juga supaya kami tidak lagi bimbang dengan isu-isu seperti penyediaan bekalan harian, pembayaran sewaan dan pembelian ubat-ubatan yang diperlukan. 



Semoga dengan usaha merealisasikan keselesaan dan kemudahan buat warga emas OKU di sini, kita sama-sama dapat memberikan kebahagiaan dan kesempurnaan buat mereka menjalani kehidupan.



Justeru itu, pihak jagaan dengan rendah hati ingin memohon rayuan daripada anda yang budiman di luar sana untuk bersama-sama membantu menghulurkan sumbangan ikhlas sebanyak RM50 seminggu secara berterusan buat warga emas OKU di sini. Dengan harapan, penghuni di sini kuat untuk meneruskan kehidupan mereka pada masa akan datang. 



In shaa Allah, dengan sekecil RM50 seminggu daripada tuan dan puan dibalas dengan sebesar-besar ganjaran daripada Allah SWT. Aamiin…


“Orang-orang yang membelanjakan (mendermakan) hartanya pada waktu malam dan siang, dengan cara sulit atau terbuka, maka mereka beroleh pahala di sisi Tuhan mereka, dan tidak ada kebimbangan (dari berlakunya kejadian yang tidak baik) terhadap mereka, serta mereka pula tidak akan berdukacita.”

(Surah Al-Baqarah: 274)


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

ZAKARIA BIN HITAM

Menyumbang sebanyak RM10.00

Apr 28, 2024

ROKIYAH RASHID

Menyumbang sebanyak RM10.00

Apr 26, 2024

IBU IZZ

Menyumbang sebanyak RM10.00

Apr 26, 2024

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Apr 26, 2024

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM25.00

Apr 25, 2024