Belum berdaftar? Daftar sekarang!
Buat carian Kempen
PERTUBUHAN KEBAJIKAN ANAK ANAK YATIM DAN ASNAF AL INAYAH
Dimulakan pada Nov 15, 2023
RM361,346 / 90.34 %
Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM400,000
10178 Penyumbang
210 Baki Hari
Pertubuhan Kebajikan Anak-Anak Yatim dan Asnaf Al Inayah bertempat di No 8, Jalan Kayangan 6, Taman Kayangan, Pelangi Height 71700 Mantin, Negeri Sembilan, dan telah diasaskan oleh Umi Nojie pada awal tahun 2018. Penghuni di sini adalah terdiri daripada anak-anak yatim, golongan asnaf, mualaf dan mereka yang datang dari keluarga yang bermasalah. Jumlah terkini adalah seramai 30 orang penghuni.
Pada masa inilah Petubuhan Kebajikan Anak-Anak Yatim dan Asnaf Al Inayah merasa terpanggil untuk membantu lalu menubuhkan sebuah rumah amal demi untuk membela nasib anak-anak yang kurang bernasib baik ini. Di rumah inilah akan berlindungnya 30 orang anak yang berasal dari pelbagai golongan.
Mereka terdiri daripada anak-anak fakir miskin, yatim, piatu, anak-anak muallaf dan lain-lain. Di rumah amal ini kami akan memberi perlindungan, pengasuhan dan pendidikan dari segi kerohanian dan akademik kepada anak- anak fakir miskin, yatim, piatu dan muallaf.
Pertubuhan Kebajikan Anak-Anak Yatim Dan Asnaf Al Inayah sememangnya tidak mempunyai pendapatan atau sumber kewangan yang tetap setiap bulan. Sumber kewangan yang ada hanyalah diperoleh daripada sumbangan ahli sukarela pertubuhan dan juga dari penyumbang yang ikhlas dari orang ramai yang telah berkunjung ke Pertubuhan kebajikan Anak-Anak Yatim Dan Asnaf Al Inayah. Kos operasi pertubuhan setiap bulan agak tinggi dan ketiadaan sumber pendapatan sering kali menganggu program serta aktiviti yang ingin dijalankan.
Demi merealisasikan objektif penubuhan rumah ini kami memerlukan kerjasama dan keprihatinan semua pihak. Oleh itu, kami berharap keprihatinan masyarakat sekeliling serta badan-badan koperat agar dapat menghulurkan sumbangan dan bantuan demi untuk memastikan anak-anak yang kurang bernasib baik ini terbela dan seterusnya menjadi anak-anak yang soleh dan solehah serta berguna untuk agama, bangsa dan negara. InsyaAllah. Aamiin.
لَنْ تَنَالُوا الْبِرَّ حَتَّىٰ تُنْفِقُوا مِمَّا تُحِبُّونَ ۚ وَمَا تُنْفِقُوا مِنْ شَيْءٍ فَإِنَّ اللَّهَ بِهِ عَلِيمٌ
“Kamu sekali-kali tidak sampai kepada kebajikan (yang sempurna), sebelum kamu menafkahkan sebahagian harta yang kamu cintai dan apa saja yang kamu nafkahkan maka sesungguhnya Allah Maha Mengetahuinya.”
(Surah Ali Imran, ayat 92)
Jika terdapat pertanyaan, kemusykilan mahupun aduan, tuan-tuan dan puan-puan yang dermawan boleh terus berhubung ke talian +60 18-215 3269, Umie Nojie.
Jom #BuatBaik!
Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami
ALINA HARRIS
Menyumbang sebanyak RM50.00
May 03, 2024
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
May 03, 2024
FATIMAH SULAIMAN AB KADIR NORANI AB RAHIM
Menyumbang sebanyak RM30.00
May 03, 2024
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM50.00
May 03, 2024
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM100.00
May 03, 2024