PUSAT JAGAAN INSAN NUR CAHAYA

Dimulakan pada Mar 13, 2024

KOS PENGURUSAN DAN PERUBATAN WARGA EMAS OKU

RM51,926 / 51.93 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM100,000

1250 Penyumbang

245 Baki Hari

Kongsi:

Tentang Kempen

Kempen kutipan dana ini bertujuan bagi meringankan beban kami yang sangat terkesan dengan kenaikan harga barang, sewa rumah, bill utiliti dan kos perubatan. Jom bantu Pusat Jagaan Insan Nur Cahaya!


Pusat Jagaan Insan Nur Cahaya ini ditubuhkan pada tahun 2017 dan masih beroperasi hingga kini yang bertempat di No 7, Jalan Bukit Mewah, 43000, Kajang, Selangor Darul Ehsan. Penghuni di sini terdiri daripada orang kurang upaya dan warga emas yang tidak mempunyai waris dan yang telah dibuang keluarga.



PENGHUNI INSAN NUR CAHAYA


Pusat Jagaan Insan Nur Cahaya adalah sebuah pusat jagaan untuk orang kurang upaya dan warga emas yang memerlukan penjagaan dan tempat tinggal. Konsep pusat jagaan ini lebih kepada kekeluargaan agar penghuni di sini tidak terasa terpinggir dari keluarga.


Bila bercakap tentang warga emas, sudah tentu mereka ini mempunyai pelbagai penyakit seperti kencing manis, jantung, darah tinggi, dan lain-lain. Setiap daripada mereka memerlukan jagaan yang rapi dan perlu dipantau 24 jam.



Inilah gambaran tempat tidur penghuni Insan Nur Cahaya yang menjadi tempat mereka berehat setiap hari, mungkin agak kurang selesa, kami cuba sedaya upaya untuk membuat penghuni disini rasa selesa dan selamat, mereka jugak berhak merasa selesa seperti orang lain diluar sana.



Situasi pemeriksaan kesihatan penghuni di klinik/hospital, kami amat menitik beratkan aspek kesihatan para-penghuni disini. Kami juga menjaga pemakanan dan pengambilan ubat atas nasihat doktor mengikut penyakit penghuni.



Kami di Pusat Jagaan Insan Nur Cahaya mempunyai tanggungan yang sangat tinggi untuk menampung pembelanjaan keperluan penghuni di sini dan mengekalkan pusat jagaan ini. Antara kos yang perlu kami tanggung adalah kos sewa dan utiliti, kos penyelenggaraan, kos makanan, kos peralatan perubatan, kos pengangkutan, dan pelbagai kos lain lagi yang kini sudah mencecah puluhan ribu ringgit sebulan.



Pusat Jagaan Insan Nur Cahaya sememangnya tidak mempunyai pendapatan atau sumber kewangan yang tetap setiap bulan. Sumber kewangan yang ada hanyalah diperoleh daripada sumbangan ahli sukarela pertubuhan dan juga dari penyumbang yang ikhlas dari orang ramai yang telah berkunjung ke pusat jagaan ini.


Demi merealisasikan objektif penubuhan rumah ini kami memerlukan kerjasama dan keprihatinan semua pihak. Oleh itu, kami berharap keprihatinan masyarakat sekeliling serta badan-badan koperat agar dapat menghulurkan sumbangan dan bantuan demi untuk memastikan penghuni-penghuni yang kurang bernasib baik ini terbela dan tidak rasa disisih.


Untuk sebarang pertanyaan boleh hubungi ditalian 010-7882560 (Fauzia), 010-4663005(Sam)


ناَوْدُعْلاََو مْثِإْْلا ىَلََع اوُنَواَعََت اَلََو ىَوْقَّتلاََو رِبْْلا ىَلََع اوُنَواَعَتََو


Maksudnya: "Dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertaqwa, dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan pencerobohan." (Surah Al-Maidah: 2)


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Apr 29, 2024

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Apr 29, 2024

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM20.00

Apr 29, 2024

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Apr 29, 2024

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM50.00

Apr 28, 2024