MAAHAD TAHFIZ AL QURAN DARUL FALAH

Dimulakan pada Mar 11, 2025

DANA BANTUAN OPERASI KEBAJIKAN DAN PENGAJIAN ANAK YATIM DAN ASNAF

RM16,743 / 33.49 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM50,000

721 Penyumbang

44 Baki Hari

Kongsi:

Tentang Kempen

Kempen ini dijalankan bagi menampung kos operasi bulanan dan juga pengurusan kebajikan pelajar-pelajar di Maahad Tahfiz Al Quran Darul Falah, Sabak Bernam, Selangor. Jom bantu!


Bayangkan…seorang anak tahfiz asnaf dan yatim, yang tiada tempat bergantung, namun masih bersungguh-sungguh ingin menghafal Al-Quran, menimba ilmu demi masa depan yang lebih cerah. 



Tetapi, di sebalik keazaman mereka, mereka terpaksa belajar dalam keadaan serba kekurangan seperti ruang yang sempit, kemudahan yang terhad, dan dana yang tidak mencukupi untuk menampung keperluan asas mereka.


Inilah realiti di Maahad Tahfiz Al-Quran Darul Falah.



Alhamdulillah, dengan izin Allah dan keprihatinan ramai, surau mereka telah siap dibina, memberi mereka ruang lebih selesa untuk beribadah dan belajar. Namun, masalah belum selesai…



Untuk memastikan kelangsungan pengajian dan kebajikan hampir 80 anak tahfiz asnaf dan yatim, kita perlu melangsaikan tunggakan sebanyak RM100,000 bagi menampung operasi pusat tahfiz ini.


Sudah lebih setahun mereka bertahan dalam kesempitan ini. Cukuplah! Jangan biarkan mereka terus diuji tanpa bantuan kita.



Mereka Sangat Memerlukan Anda Sekarang!


Bayangkan pahala yang mengalir tanpa henti setiap kali mereka membaca dan menghafal ayat-ayat suci Allah hasil sumbangan anda. Bayangkan senyuman dan syukur mereka apabila mereka dapat meneruskan pengajian tanpa perlu risau tentang makanan dan tempat tinggal. Bayangkan sebuah rumah di syurga yang Allah janjikan kepada mereka yang bantu mereka yang berjuang di jalan Allah.



Jangan tunggu esok, kerana mereka memerlukan anda hari ini. Jangan biarkan mereka terus berlapar dan belajar dalam keadaan kekurangan. Jangan lepaskan peluang untuk berbuat kebaikan yang akan menjadi penyelamat kita di akhirat nanti. Sumbangan anda hari ini mungkin kecil, tetapi impaknya besar buat mereka!


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Laporan Kempen

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

NORIZAN BIN ALI

Menyumbang sebanyak RM25.00

Nov 07, 2025

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM100.00

Nov 07, 2025

NORIZA DIN

Menyumbang sebanyak RM25.00

Nov 07, 2025

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Nov 07, 2025

ADULL RAHMAN BIN HASHIM

Menyumbang sebanyak RM50.00

Nov 07, 2025