PUSAT JAGAAN INSAN

Dimulakan pada Mar 08, 2024

BANTUAN DANA PENGURUSAN WARGA EMAS INSAN

RM45,443 / 90.89 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM50,000

1047 Penyumbang

31 Baki Hari

Kongsi:

Tentang Kempen

Kami di Pusat Jagaan Insan memerlukan dana yang menampung kos operasi, dana perubatan dan kemudahan lain penghuni seramai 20 orang yang tidak berwaris, oku dan lain-lain.


Pusat Jagaan Insan telah beroperasi semenjak 2022 di sebuah rumah yang disewakan kepada kami. Seramai 20 orang kini berada di bawah jagaan kami yang terdiri daripada warga emas, orang kurang upaya, warga emas yang terlantar tanpa waris, dan bekas pesakit hospital yang terbiar.




Kebanyakannya adalah golongan emas yang tidak berupaya untuk menguruskan diri sendiri. Pusat Jagaan Insan terpanggil untuk menerima tanggungjawab ini untuk menjaga kebajikan, menyediakan kemudahan tempat tinggal dan memberi sokongan moral bagi warga emas ini.



Kami di Pusat Jagaan Insan mempunyai tanggungan yang sangat tinggi untuk menampung pembelanjaan keperluan penghuni di sini dan mengekalkan pusat jagaan ini. Antara kos yang perlu kami tanggung adalah kos sewa dan utiliti, kos penyelenggaraan, kos makanan, kos peralatan perubatan, kos pengangkutan, dan pelbagai kos lain lagi yang kini sudah mencecah puluhan ribu ringgit sebulan.



Di antara usaha yang kami lakukan adalah dengan menjalankan Kempen Dana Menampung Kos Operasi Dan Tanggungan Kos Perubatan Pusat Jagaan Insan agar orang ramai yang budiman di luar sana dapat menyalurkan sumbangan untuk membantu dalam menjalankan tanggungjawab menjaga dan memberi perlindungan kepada penghuni di sini.



BANTU KAMI DALAM USAHA INI


Kami di Pusat Jagaan Insan mengalu-alukan sumbangan ikhlas anda untuk usaha kami ini membantu seramai mungkin golongan yang memerlukan bantuan kami. Dengan RM100 sebulan, inshaAllah akan dibalas dengan sebesar-besar ganjaran oleh Allah SWT. Walaupun kecil nilai sumbangan tetapi cukup besar dan bermakna buat kami di sini.



Jika para dermawan ingin melawat boleh hadir ke alamat kami di No.11, Jalan TTS 5 /6,, Taman Tasik Semenyih, Kajang, Selangor atau hubungi kami di talian, 017 378 6804.


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Apr 29, 2024

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM50.00

Apr 29, 2024

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM30.00

Apr 29, 2024

NORAINI NORDIN

Menyumbang sebanyak RM10.00

Apr 28, 2024

ZAINIZAM

Menyumbang sebanyak RM25.00

Apr 28, 2024