Belum berdaftar? Daftar sekarang!
Buat carian Kempen
PERSATUAN KAMI PRIHATIN ANAK YATIM DAN MISKIN
Dimulakan pada Jul 04, 2024
RM4,328 / 8.66 %
Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM50,000
215 Penyumbang
244 Baki Hari
Gelaran yatim adalah satu anugerah yang dikurniakan oleh Allah SWT kepada hamba-hamba-Nya yang terpilih sahaja. Ini kerana, ramai daripada kalangan ulama’ terdahulu dan juga masa kini, mereka adalah yatim ketika usia masih kecil. Tambahan pula, junjungan besar kita Nabi Muhammad SAW adalah seorang yatim ketika baginda masih dalam kandungan ibunya.
Namun, setiap hari, kami menyaksikan anak-anak yatim dan miskin ini menghadapi cabaran yang tidak seharusnya menjadi beban mereka sendiri. Mereka kehilangan kasih sayang keluarga dan terpaksa berdepan dengan kesusahan hidup yang berpanjangan.
ITU BUKAN NASIB YANG SELAYAKNYA BAGI MEREKA!
Kami mahu melihat keadaan mereka menjadi lebih baik seperti anak–anak lain di luar sana…
“Orang yang menanggung anak yatim miliknya atau milik orang lain, aku dan dia seperti dua ini (Nabi SAW mengisyaratkan dengan dua jari baginda SAW) di syurga”.
(Riwayat Muslim, (2983))
Atas sebab ini, Kami di Persatuan Kami Prihatin Anak Yatim & Miskin berusaha untuk menyediakan dan menyokong segala perkembangan emosi, ekonomi dan kebajikan anak-anak yatim dan miskin ini. Sudah 6 tahun kami beroperasi sejak dari 2018 dengan satu misi, menjadi sebuah institusi amal kebajikan yang prihatin di samping membina jati diri dan potensi anak-anak yatim dan miskin ke arah kehidupan yang lebih baik.
Rumah untuk kami beroperasi sekarang ini adalah untuk menjalankan dan menganjurkan aktiviti-aktiviti kebajikan dan pendidikan untuk anak-anak yatim & miskin. Disamping menjadi tempat perlindungan kepada mereka, kami juga berusaha mengumpul dana untuk menguruskan perbelanjaan dan bantuan kepada anak-anak yatim & miskin.
Tidaklah besar dan megah, namun kami mahu menjadikan tempat ini sebagai sebuah “rumah” yang memberi kasih sayang yang selama ini mereka rindukan. Namun, dengan sumber kewangan kami sekarang yang hanya datang daripada, jualan amal, dan infaq orang ramai adalah sukar bagi kami untuk terus memberikan kebajikan yang sempurna buat mereka.
KOS OPERASI BULANAN KAMI SEBANYAK RM30,000 TIDAK MAMPU KAMI TAMPUNG!
MALAH KAMI JUGA MEMERLUKAN SEBUAH VAN PENUMPANG BERNILAI RM150,000!
Untuk urusan penghantaran anak-anak ini ke sekolah dan menghadiri pelbagai aktiviti dan program. Di samping itu, mampu mengurangkan kos sewa kenderaan yang menjadi salah satu beban kos bulanan yang kami tanggung.
Oleh itu, kami amat mengharapkan sokongan dan bantuan sumbangan daripada insan-insan dermawan di luar sana untuk sama-sama membantu kami mengumpul dana operasi dan juga pembelian van pengangkutan untuk anak-anak yatim dan miskin ini.
Asbab daripada sumbangan yang anda salurkan, diharapkan menjadi kemanisan dan kebahagiaan kepada anak-anak yatim dan miskin di sini. Semoga segala kebaikan yang diberi akan dibalas dengan seribu satu kebaikan yang lain kepada si pemberi.
“Dan janganlah kamu menghampiri harta anak yatim melainkan dengan cara yang baik (untuk mengawal dan mengembangkannya)”. (al-Isra’:34)
Sebarang pertanyaan dan informasi, anda boleh rujuk maklumat yang tertera di bawah:
Pusat Aktiviti Kami Prihatin
10-B, Tingkat 2, Taman Samudera Utama, Taman Samudera,
68100 Batu Caves Selangor
Puan Zurina (Pengerusi) - 013-3251544
Jom #BuatBaik!
Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami
NORBAAIAH MD NOH
Menyumbang sebanyak RM50.00
Sep 05, 2024
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Sep 05, 2024
ZA’IM ZHARFAN BIN ABDUL HALING
Menyumbang sebanyak RM10.00
Sep 05, 2024
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Sep 05, 2024
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Sep 05, 2024