PERTUBUHAN WANITA KAPETRA

Dimulakan pada Jul 05, 2024

BANTUAN OPERASI HARIAN DAN KELENGKAPAN WARGA EMAS

RM98,202 / 49.10 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM200,000

2838 Penyumbang

50 Baki Hari

Kongsi:

Tentang Kempen

Sertai kami dalam usaha untuk memberikan kesejahteraan dan keselesaan buat warga emas di sini. Bersama-sama, kita membuat perbezaan yang sangat bermakna.


Di rumah ini, setiap dari mereka mempunyai cerita dan luka yang hingga kini masih belum terubat. Kesepian dan kesunyian tanpa belaian kasih sayang anak-anak dan keluarga memudarkan keceriaan di wajah mereka. Hanya riak sepi dan sedih menghiasi wajah mereka.



Dahulu mereka membesarkan dan menyemai kasih sayang, apakah kini mereka dibalas dengan nilai yang sama?



RINDU DAN AIR MATA ADALAH PENEMAN MEREKA SETIAP HARI DI SINI


Kami di Pertubuhan Wanita Kapetra berazam dan berdedikasi untuk memberikan kualiti hidup yang terbaik kepada warga emas yang telah mengabdikan hidup mereka menjaga generasi-generasi kita pada hari ini. Setiap hari, kami menyaksikan mereka berjuang dengan kesendirian, kesihatan yang semakin merosot, dan kehilangan kepastian masa depan.



Atas sebab itu, kami di Pertubuhan Wanita Kapetra mahu menyediakan kemudahan yang lengkap dan selesa kepada warga emas dari golongan asnaf, fakir miskin dan tidak berwaris. Sokongan anda bukan sekadar sumbangan, tetapi satu tindakan kasih sayang. Anda membuka pintu untuk memberi mereka kehidupan yang lebih baik dan memberi kembali penghargaan atas segala jasa mereka sepanjang hidup.



NAMUN, KAMI DIHALANG DENGAN BEBANAN KOS OPERASI YANG TINGGI


Pertubuhan Wanita Kapetra sememangnya tidak mempunyai pendapatan dan sumber kewangan yang kukuh dan tetap pada setiap bulan. Sumber kewangan yang ada hanya diperoleh daripada sumbangan ahli sukarelawan pertubuhan dan juga dari sumbangan orang ramai yang telah berkunjung ke sini.


Dana operasi bulanan di sini hanya untuk memastikan setiap warga emas mendapat bekalan makanan dan minuman yang mencukupi, keperluan seharian, perkhidmatan kesihatan yang berkualiti, pengurusan ubat-ubatan yang berkesan, serta keselesaan sehari-hari yang mereka perlukan untuk hidup.



DANA OPERASI BULANAN MENCECAH RM27,000 SEBULAN! KAMI TIDAK MAMPU MENGUMPUL SEBANYAK ITU.


Bersama-sama, kita boleh memberi mereka keselesaan, kasih sayang, dan penghormatan yang mereka patut terima. Setiap sumbangan dari anda adalah langkah untuk memastikan mereka menerima perhatian dan bantuan yang mereka sangat perlukan.


Kami dengan rendah hati ingin mengajak insan-insan dermawan seperti anda untuk menyumbang kepada dana operasi Rumah Warga Emas Pertubuhan Wanita Kapetra ini untuk kami terus menjaga mereka dengan penuh kasih sayang dan keselesaan. Sekecil-kecil sumbangan dari anda boleh memberi impak besar dalam kehidupan mereka yang berharga ini. Mari bersama-sama menjaga mereka dengan penuh kasih sayang. Setiap sumbangan adalah sentuhan kasih sayang kepada mereka yang telah mengorbankan segalanya untuk kita. 


Pertubuhan Wanita Kapetra bertempat di No.21, Taman Tasek Jalan TTS 5/4 Taman Tasek 43500 Semenyih Selangor. Hubungi nombor tertera, Encik Adam  di 016-253 2115.


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM50.00

Oct 15, 2024

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM50.00

Oct 15, 2024

MOHD ZUHAIRI

Menyumbang sebanyak RM10.00

Oct 15, 2024

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Oct 15, 2024

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Oct 15, 2024