MAAHAD TAHFIZ UMMUL QURA'

Dimulakan pada Feb 26, 2024

DANA BAIKPULIH DAN PENGURUSAN MAAHAD TAHFIZ UMMUL QURRA

RM62,753 / 62.75 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM100,000

2597 Penyumbang

59 Baki Hari

Kongsi:

Tentang Kempen

Tujuan kutipan dana dilakukan adalah untuk mengumpul dana bagi menampung kos operasi yang juga merangkumi kos pembelian van pengangkutan buat pelajar-pelajar tahfiz di Madrasah Tahfiz Ummul Qurra.


100 orang pelajar tahfiz = 1 kereta kancil


Inilah keadaan dan realiti yang berlaku kepada 100 orang pelajar tahfiz di Maahad Tahfiz Ummul Qurra. Bergerak ke mana-mana program mahupun aktiviti dengan hanya berbekalkan satu kenderaan sahaja.


Maahad Tahfiz Ummul Qurra ini telah ditubuhkan pada 13 Mei 1997. Sepanjang 27 tahun, Maahad Tahfiz Ummul Qurra telah melahirkan dan membentuk para huffaz yang akan meneraju generasi khalifah untuk masa depan umat Islam. Mereka inilah insan istimewa di sisi Allah SWT yang dekat dengan kalam suci. Insya-Allah.




Kini, seramai 100 orang pelajar tahfiz ditempatkan dan dididik di sini. Rata-rata dari mereka juga adalah daripada golongan anak yatim dan asnaf.



Di maahad ini, kami menerapkan mereka dengan pembelajaran dan penghayatan ilmu Al-Quran di samping mendidik mereka menjadi seorang pemimpin yang insya-Allah suatu hari nanti akan memperkukuhkan syiar Islam di Malaysia mahupun di mata dunia. Para pelajar diterapkan dengan nilai-nilai murni yang membentuk keperibadian serta modal insan yang cemerlang.


Selama 27 tahun, segala kudrat tenaga pengajar di sini dicurahkan untuk membentuk generasi khalifah yang berkebolehan tinggi.


Namun, selama 27 tahun pertubuhan juga, kami masih belum mampu memperkukuhkan kos operasi di maahad ini.



Akibat kos operasi yang semakin menekan, pelbagai halangan dan kekangan yang kami hadapi dalam menggerakkan dan mempertahankan maahad ini. Kos baikpulih bangunan asrama kami yang berumur 27 tahun tidak dapat dilakukan dengan sempurna, sistem perpaipan dan pengairan asrama perempuan sukar dilakukan, gaji tenaga pengajar dan mudir menjadi murah dan permasalahan terbesar adalah, pengangkutan buat pelajar-pelajar tahfiz ini cuma berbekalkan sebuah kereta Kancil.


…dan disebabkan permasalahan terbesar itu, pergerakan pelajar-pelajar ini untuk ke lokasi program-program menjadi sangat sukar. Sehingga terpaksa berhimpit dan menerima bantuan orang kampung untuk menghantar mereka.




Maka dengan itu, kami dengan rendah hati ingin memohon jasa baik dermawan untuk membantu kami menampung kos operasi yang merangkumi segala kekangan-kekangan itu yang sehingga kini belum dapat diselesaikan.


Diriwayatkan dalam hadis riwayat Ahmad, Rasulullah SAW bersabda tentang manfaat sedekah dalam Islam,

"Naungan bagi seorang mukmin pada hari kiamat adalah sedekahnya."



Kami berharap para dermawan memahami situasi kami. Sebuah Maahad Tahfiz tiada bantuan khusus yang diterima untuk kelancaran sistem pentadbiran dan pengurusan, namun kerana kekurangan dana, kadang kala para pengajar perlu keluarkan duit sendiri demi keselesaan mereka bersama.




Dengan sumbangan yang anda berikan buat anak-anak syurga ini, insya-Allah ibarat air yang terus mengalir, begitulah juga berterusan pahala yang sampai kepada anda para dermawan, Amin. Ayuh, marilah rebut peluang ini dengan memberi sumbangan kepada dana operasi Maahad Tahfiz Ummul Qura'.


Abu Hurairah (RA) meriwayatkan bahawa Rasulullah (ﷺ) bersabda, “Sedekah sama sekali tidak mengurangi kekayaan. Dan hamba yang mengampuni (orang lain), Allah menambahkan kehormatannya, dan orang yang merendah hati, Allah mengangkat kedudukannya.”


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Apr 07, 2024

FAZULLAH

Menyumbang sebanyak RM25.00

Apr 07, 2024

ZAKIAH BINTI HAMZAH

Menyumbang sebanyak RM10.00

Apr 07, 2024

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Apr 07, 2024

NAZA

Menyumbang sebanyak RM10.00

Apr 07, 2024