PERTUBUHAN JARIAH QASEH MALAYSIA

Dimulakan pada Dec 24, 2025

DANA MENAMPUNG KOS KELANGSUNGAN HIDUP ANAK YATIM DAN WARGA EMAS PERTUBUHAN JARIAH QASEH MALAYSIA

RM0 / 0.00 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM374,400

0 Penyumbang

362 Baki Hari

Kongsi:

Tentang Kempen

Kos keperluan kelangsungan hidup yang diperlukan setiap bulan dianggarkan sebanyak RM 31 200. Merangkumi Ubat ubatan, Barang sekolah, Barang makan harian, Belanja sekolah, Lampin dewasa, Tuala wanita.

Tujuan kutipan dana ini dijalankan adalah untuk meringankan beban kos operasi harian Pertubuhan Jariah Qaseh Malaysia, supaya kelangsungan hidup warga emas dan anak yatim di bawah n mereka dapat diteruskan dengan lebih tenang dan teratur setiap bulan.

Pertubuhan Jariah Qaseh Malaysia ditubuhkan pada tahun 2019 dengan fokus utama membantu insan yang memerlukan dan serba kekurangan.

Pertubuhan Jariah Qaseh Malaysia tidak mempunyai pendapatan tetap. Segala keperluan harian bergantung sepenuhnya kepada sumbangan orang ramai dan para sukarelawan.

Antara keperluan asas yang perlu ditanggung setiap bulan ialah:


KOS PENGURUSAN BULANAN PERTUBUHAN JARIAH QASEH                                                           PERBELANJAAN SETAHUN = RM 374, 400 (RM 31 200 X 12 BULAN)


Kos keperluan kelangsungan hidup yang diperlukan setiap bulan dianggarkan sebanyak RM 31 200. Merangkumi Ubat ubatan, Barang sekolah, Barang makan harian, Belanja sekolah, Lampin dewasa, Tuala wanita.

Dana ini diperlukan khusus untuk kelangsungan hidup penghuni di Kompleks Jariah Qaseh. Antara tujuan utama kutipan ini:

● Supaya anak-anak yatim dan warga emas sentiasa cukup makan dan tidak perlu berlapar

● Supaya kos rawatan, ubat dan keperluan kesihatan dapat diuruskan

● Supaya bil elektrik, air dan sewa internet dapat dibayar


Pertubuhan Jariah Qaseh Malaysia dengan rendah hati memohon sumbangan ikhlas daripada para penderma untuk menyokong kelangsungan operasi ini, kerana mereka benar-benar bergantung kepada sumbangan sukarelawan.

Setiap ringgit yang tidak sampai memberi kesan terus kepada pinggan makanan, kos ubat, tambang ke sekolah dan keselesaan hari tua warga emas di sana.

Rasulullah SAW bersabda:

“Sebaik-baik rumah daripada kaum muslimin ialah rumah yang terdapat di dalamnya anak yatim yang dilayan dengan baik. Manakala seburuk-buruk rumah daripada kaum muslimin ialah rumah yang di dalamnya terdapat anak yatim yang disakiti.”





Sebarang pertanyaan, maklum balas atau aduan berkaitan Pertubuhan Jariah Qaseh Malaysia boleh disalurkan melalui:

Pengasas: Natipah binti Abu

Wakil yang boleh dihubungi: Puan Ashikin No telefon: 019 494 6373

Alamat: Kompleks Jariah Qaseh, Kg Guar Nenas, 08300 Gurun, Kedah

Anda juga dialu-alukan untuk menziarahi sendiri penghuni di sana, melihat keadaan mereka dan menyaksikan sendiri ke mana sumbangan anda disalurkan.

Jom #BuatBai


Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Laporan Kempen

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Tiada doa

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Tiada sumbangan