TABUNG ORANG KURANG UPAYA

RM1,075 / 0.54 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM200,000

23 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

Golongan kurang upaya terutama di kawasan pedalaman masih ramai belum dibantu. Jom sama-sama kita bantu dan bersama kami mengembalikan senyuman mereka.


Menjalani kehidupan dengan baik adalah impian semua orang. Namun hidup tak pernah lepas dari masalah. Entah itu masalah dengan teman, sahabat, rakan kerja bahkan keluarga. Karena itulah manusia harus berusaha mencari solusi dan menyelesaikannya. Ketika segala upaya telah dilakukan, maka berserahlah pada Allah akan membuat hati merasa lebih tenang. Bukan bererti menyerah, tetapi meyakini bahwa Allah sudah memiliki rencana yang terbaik bagi hidup seseorang.



Sehingga kini, PEMAAF mempunyai 12 orang organisasi yang bertugas secara sukarela untuk memastikan kelancaran pengurusan program dan tanggungjawab sosial yang lain. Objektif utama PEMAAF adalah memfokuskan kepada pembangunan asnaf dan sukarelawan anak muda juga golongan yang terpinggir oleh masyarakat yang tergolong dari kalangan bekas-bekas banduan yang telah dibebaskan dari penjara serta gelandangan. 



Kami bekerjasama dengan pihak kerajaan dan swasta serta badan-badan sukarela untuk menjalankan aktiviti membantu masyarakat di dalam mengatasi masalah sosial. Kami juga mengadakan pusat rawatan Islam yang membantu merawat pelbagai jenis penyakit dan gangguan makhluk halus. Selain itu, membantu masyarakat yang memerlukan bantuan dalam bentuk yang bersesuaian. Memberikan perlindungan kepada pesakit- pesakit HIV lelaki Islam di bawah pusat perlindungan HIV. Mengadakan kursus-kursus motivasi yang bersifat keagamaan dan akhlak secara berkala kepada masyarakat Islam dengan syarat mendapat kebenaran pihak berkuasa berkaitan. Menggalakkan dan menyedarkan masyarakat agar menjadi masyarakat berilmu dengan budaya rajin membaca.



PEMAAF pada tahun ini menyasarkan kutipan sumbangan ikhlas daripada anda yang budiman untuk bersama dengan kami membantu sebahagian masyarakat di kalangan kita yang begitu istimewa di sisi Allah SWT untuk ke arah yang lebih baik dengan tidak bergantung elaun dari kerajaan sahaja. PEMAAF bercadang untuk membawa bekas-bekas pesalah penjara yang berada di bawah PEMAAF untuk terus membantu masyarakat termasuk rakyat istimewa ini dengan menjelajah ke seluruh negara untuk menyantuni golongan kurang upaya dengan memberi semangat dan mendengar luahan mereka. PEMAAF telah memperoleh beberapa maklumat dimana golongan kurang upaya terutama di kawasan pedalaman yang masih belum di beri tumpuan. Oleh itu, jom sama-sama kita bantu dan bersama kami mengembalikan senyuman mereka.



Rasulullah SAW juga meletakkan kepercayaan tinggi kepada Abdullah ibn Ummi Makhtum, yang juga seorang yang cacat penglihatan untuk menjaga Madinah ketika para pejuang Muslim pergi berjihad. Malah, Rasulullah SAW juga pernah melantik beliau sebagai juru azan di Madinah. Daripada Abi Hurayrah RA berkata, bahawa Rasulullah SAW bersabda:


إِذَا ضُيِّعَتِ الأَمَانَةُ فَانْتَظِرِ السَّاعَةَ. قَالَ: كَيْفَ إِضَاعَتُهَا يَا رَسُوْلَ اللهِ؟ قَالَ: إِذَا أُسْنِدَ الأَمْرُ إِلَى غَيْرِ أَهْلِهِ فَانْتَظِرِ السَّاعَةَ.


"Apabila hilang amanah dalam diri, maka tunggulah saat kebinasaan. Sahabat bertanya: Bagaimana punca hilangnya amanah itu wahai Rasulullah? Lalu, baginda Rasulullah bersabda: Apabila diserahkan sesuatu urusan kepada orang yang bukan ahlinya, maka tunggulah hari kebinasaan itu."

(Al-Bukhari 6496)


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Apr 02, 2024

MOHD FAHMY BIN AHMAD SUHAIMY

Menyumbang sebanyak RM10.00

Mar 19, 2024

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Mar 06, 2024

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Mar 01, 2024

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM500.00

Feb 15, 2024

Kempen Sumbangan Tamat