KILANG ROTI UNTUK PEMULIHAN KELUARGA GAZA

Dianjurkan oleh:
HUMAN INITIATIVE
Dimulakan pada:
13 Feb, 2026
KILANG ROTI UNTUK PEMULIHAN KELUARGA GAZA
6.04%
RM1,510
/RM25,000
69
penyumbang
-
baki hari

Tentang Kempen

Aktifkan Palestine Bread Factory di Gaza untuk hasilkan ribuan roti setiap hari. Dikelola tenaga lokal, jadi sumber barang asas stabil dan harapan baru bagi keluarga terkesan.

Di tengah proses pemulihan yang masih berjalan perlahan di Palestin, keperluan makanan asas seperti roti masih belum dipenuhi sepenuhnya. Banyak kedai roti musnah akibat serangan udara dan sebilangan kecil yang masih beroperasi pula menghadapi kesukaran mendapatkan bahan mentah kerana sekatan yang dikenakan oleh pihak berkuasa Israel. Keadaan ini menyebabkan ribuan keluarga sukar memperoleh makanan ruji yang sepatutnya tersedia setiap hari.

Melihat situasi yang semakin mendesak, Human Initiative bersama Sahabat Inisiator akan mengaktifkan sebuah bangunan sedia ada di Gaza untuk dioperasikan sebagai Palestine Bread Factory. Kemudahan sederhana ini akan menghasilkan ribuan roti setiap hari dan diurus oleh tenaga tempatan, sekali gus mampu memberi manfaat berterusan kepada masyarakat setempat.

Melalui sokongan para penyumbang, kemudahan ini akan menjadi sumber makanan yang stabil untuk keluarga yang paling terkesan. Kehadiran roti segar setiap hari bukan sekadar memenuhi keperluan nutrisi, malah menjadi simbol harapan bagi warga Gaza yang masih berjuang menghadapi krisis. Pengeluaran dilakukan dengan memanfaatkan teknologi ringkas dan tenaga alternatif agar operasi dapat diteruskan walaupun infrastruktur belum pulih sepenuhnya.

Inisiatif ini ialah bukti nyata keprihatinan kita bersama untuk membantu saudara saudara di Palestin bertahan dalam fasa pemulihan. Setiap sokongan yang disalurkan akan menguatkan usaha menyediakan roti kepada puluhan ribu penerima manfaat. Semoga kebaikan ini menjadi jalan untuk membangkitkan harapan baharu bagi keluarga di Gaza.

Jom #BuatBaik!

Laporan Kempen

Tiada perkembangan

Rujukan Terkini

Tiada Rujukan Terkini

Belum ada yang merujuk kempen ini

!
Anda merasa kempen mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Senarai Penyumbang

Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM50.00
May 22, 2026
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM25.00
May 06, 2026
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
May 06, 2026
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM25.00
Apr 29, 2026
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM25.00
Apr 28, 2026

Kongsi kempen

Whatsapp
Telegram
Lain-lain

Kempen yang mungkin anda berminat

SOKONGAN PSIKOSOSIAL TRAUMA HEALING UNTUK ANAK ANAK PALESTIN
DANA BANTUAN KEPERLUAN KOS OPERASI BUAT ANAK YATIM DAN ASNAF
INFAK PAKAIAN UNTUK PELAJAR TADIKA MISKIN DAN ASNAF
SEDEKAH MAINAN UNTUK PELAJAR TADIKA
ADIK IQLIMA DERITA PENYAKIT KRONIK YANG BERAT
Kempen Sumbangan Tamat