KELAB JELAJAH KUALA LUMPUR

Dimulakan pada May 18, 2023

BANTUAN BINA PAGAR KUBUR YANG LEBIH SELAMAT DAN DANA KEPERLUAN PENGURUSAN JENAZAH

RM8,003 / 100.04 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM8,000

464 Penyumbang

Kempen Berjaya

Kongsi:

Tentang Kempen

Usaha penduduk kampung membina pagar tanah perkuburan dan penyediaan kits jenazah bagi memudahkan urusan pengebumian perlu disambut bersama. Ayuh rakyat Malaysia, cukupkan sasaran kempen ini segera!


Penduduk di Kampung Permanok, Machang di sini merayu supaya membina pagar di kawasan tanah perkuburan Islam kampung itu yang dikhuatiri menjadi lokasi haiwan ternakan tidur atau najis bertaburan.



Jawatankuasa kampung memberitahu bahawa kawasan tanah perkuburan itu hanya menggunakan pagar yang dibuat dari dawai besi sudah terlalu lama dan berkarat sejak ia mula dibuka. Pagar yang lama ini tidak mempunyai ciri keselamatan dan berlubang.



Kami rasa bertanggungjawab untuk membina pagar yang lebih selamat untuk kegunaan penduduk Kampung Permanok. Kami bimbang jika tanah perkuburan ini masih tidak berpagar, pelbagai jenis haiwan termasuk haiwan peliharaan bergerak bebas dalam kawasan perkuburan dan akan dicemari najis.



Selain daripada membina pagar kubur, KJKL juga berhasrat untuk menyediakan kits jenazah bagi meringankan beban penduduk kampung yang kurang berkemampuan untuk menguruskan jenazah keluarga mereka. Harga untuk kits pengurusan jenazah terkini adalah sekitar RM250 untuk satu set. Ramai yang masih tidak mampu bahkan perlu berhutang jika ada salah satu ahli keluarga mereka yang meninggal dunia.




Kami merayu untuk membantu kami di Kampung Permanok ini serta masyarakat sekitar. Sasaran kami adalah sebanyak RM20,000 untuk membina pagar tanah perkuburan dan RM30,000 untuk penyediaan kits jenazah. Semoga kita sama-sama dapat meringankan beban mereka serta memudahkan urusan jenazah kelak. InshaaAllah, kita bantu selagi mampu.


مَن نَفَّسَ عن مُؤْمِنٍ كُرْبَةً مِن كُرَبِ الدُّنْيَا، نَفَّسَ اللَّهُ عنْه كُرْبَةً مِن كُرَبِ يَومِ القِيَامَةِ...


“Sesiapa yang melapangkan seorang mukmin daripada kesusahan dunia, maka Allah SWT akan melapangkannya daripada kesusahan di hari Kiamat."

(Sahih Muslim, 2699)


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Mar 14, 2024

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Mar 12, 2024

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Mar 10, 2024

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Mar 08, 2024

NUNEZ

Menyumbang sebanyak RM10.00

Mar 01, 2024

Kempen Sumbangan Tamat