MAAHAD TAHFIZ AL QURAN NURUL HIDAYAH

Dimulakan pada Jul 26, 2024

PAGAR UNTUK TAHFIZ ANAK-ANAK YATIM DAN ASNAF UNTUK DIBINA

RM240 / 4.80 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM5,000

16 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

AYUH HASILKAN SAHAM AKHIRAT DENGAN BERINFAQ KEPADA PARA PENGHAFAL AL-QURAN DENGAN INFAQ RM10 BAGI MEMBINA PAGAR MAAHAD TAHFIZ MEREKA.


Assalamualaikum kepada para penyumbang yang dirahmati Allah SWT sekalian. Maahad tahfiz kami ini berusaha dalam mendidik anak-anak yatim dan asnaf untuk menjadi huffaz Al-Quran yang cemerlang dan juga berakhlak mulia. Sebagai sebuah institusi tahfiz yang menitikberatkan ilmu agama, kami berusaha untuk menyediakan persekitaran pembelajaran yang selamat dan kondusif bagi pelajar kami.



Oleh itu, dengan penuh kerendahan hati, pihak kami ingin menawarkan peluang kepada muslimin dan muslimat sekalian untuk menyumbangkan dana infaq bagi tujuan pembinaan pagar di maahad tahfiz kami. Pembinaan pagar ini bukan sahaja sebagai penanda sempadan fizikal maahad, tetapi,  sebagai langkah keselamatan bagi melindungi para pelajar daripada anasir luar yang tidak diingini seperti pencuri dan haiwan yang berbisa. Pihak maahad merancang untuk membuat pagar di sekeliling kawasan maahad untuk mengukuhkan lagi struktur tanah dan memastikan keselamatan dan keselesaan semua warga maahad terjamin.


Pembinaan pagar ini menjadi satu keutamaan buat kami bukan sahaja sebagai penanda sempadan bahkan mengelak daripada berlaku sebarang fitnah terhadap maahad kami seperti masalah pembuangan sampah ke dalam sawah padi. Namun begitu, kami menghadapi sedikit kekangan ekonomi bagi melaksanakan kerja-kerja membuat pagar. Sehubungan itu, kami membuka peluang kepada kalian untuk menambah saham akhirat dengan menyumbang seikhlas hati bagi pembelian simen ,pasir dan besi yang diperlukan untuk membina pagar ini.


Akhir kata, dengan memberikan infaq bagi pembinaan pagar di maahad tahfiz, tidak hanya menyumbang kepada pembangunan maahad, tetapi juga mengamalkan amalan mulia yang mendapat keredhaan Allah SWT.


“Sesiapa yang berinfak (hartanya) sebanyak dua kali di jalan Allah maka dia akan diseru untuk masuk melalui pintu syurga. “Wahai hamba Allah, ini adalah kebaikan.” Sesiapa yang banyak melakukan solat maka dia akan dipanggil (masuk syurga) melalui pintu solat. Sesiapa yang banyak berjihad maka dia akan diseru melalui pintu jihad. Sesiapa yang banyak berpuasa maka dia akan dipanggil melalui pintu puasa. Dan sesiapa yang banyak bersedekah maka dia akan dipanggil melalui pintu sedekah.”

(Riwayat Al-Bukhari 1897 dan Muslim 1705)


Jom berinfaq bermula RM10 bagi menjayakan kempen ini Jazakumullahu khairan jaza atas sokongan dan kebaikan anda yang tidak ternilai.


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Aug 30, 2024

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Aug 23, 2024

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Aug 23, 2024

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Aug 16, 2024

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Aug 02, 2024

Kempen Sumbangan Tamat