MAAHAD TAHFIZ AL QURAN NURUL HIDAYAH

Dimulakan pada Nov 10, 2022

GANDAKAN PAHALA SEDEKAH HARI JUMAAT

RM715 / 14.30 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM5,000

48 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

KAMI MERAYU SEMUA MUSLIMIN DAN MUSLIMAT MENGHULURKAN DANA AGAR KAMI DAPAT MEMBELI IKAN DAN BARANG BASAH DAPUR SECEPAT MUNGKIN. GANDAKAN PAHALA DENGAN BERSEDEKAH PADA HARI JUMAAT YANG MULIA.


Rebutlah kesempatan untuk bersedekah kepada maahad tahfiz asnaf dan anak yatim ini. Kami merayu semua muslimin dan muslimat menghulurkan dana agar kami dapat membeli ikan dan barang basah dapur secepat yang mungkin.


“Barangsiapa yang memberi makan kepada seorang mukmin hingga membuatnya kenyang dari rasa lapar, maka Allah akan memasukkannya ke dalam salah satu pintu surga yang tidak dimasuki oleh orang lain.” (HR. Thabrani)



Selepas pandemik covid yang melanda negara, banyak pihak menghadapi kekangan kewangan yang meruncing termasuk maahad ini. Pihak maahad kekurangan dana untuk membeli ikan dan barang basah bagi menyediakan makanan buat para pelajar memandangkan kos sara hidup makin meningkat kian hari. Tambahan pula, para pelajar maahad ini terdiri daripada golongan asnaf dan anak-anak yatim.



Salah satu sifat muslim yang bertaqwa adalah suka membelanjakan harta ke jalan Allah. Orang yang suka menghabiskan hartanya di jalan Allah adalah orang yang benar-benar mengetahui bahawa segalanya hanya milik Allah dan sudah seharusnya dikembalikan ke jalan Allah. 


Selain itu, Rasulullah SAW adalah insan yang sangat menyayangi orang miskin dan sering membantu mereka memberi makan. Baginda turut mendidik umatnya agar berlaku itsar iaitu pelakunya lebih mementingkan orang lain dibandingkan diri sendiri. Orang yang membiasakan itsar akan ikhlas memberikan apa yang menjadi haknya untuk dinikmati oleh orang lain.



Semoga Allah SWT melimpahkan pahala yang berlipat ganda dan dikembalikan dengan rezeki yang berlipat ganda buat muslimin dan muslimat yang berkongsi nikmat untuk menggembirakan hati para pelajar kami di sini. Rebutlah peluang melakukan amal soleh dengan bersedekah bagi mengumpul bekal akhirat untuk pulang bertemu Allah SWT di akhirat kelak. Sebaik-baik bekal adalah taqwa. 


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Nov 16, 2022

NAFISAH

Menyumbang sebanyak RM10.00

Nov 16, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Nov 16, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Nov 16, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM50.00

Nov 16, 2022

Kempen Sumbangan Tamat