ASAR HUMANITY

Dimulakan pada Oct 05, 2022

PAKEJ IFTAR ISNIN DAN KHAMIS UNTUK PELAJAR TAHFIZ MISKIN

RM775 / 25.83 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM3,000

45 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

Banyak pelajar tahfiz tidak dapat memenuhi makanan iftar puasa sunnah isnin dan khamis. Jom bantu mereka dengan menyediakan pakej iftar puasa Isnin dan Khamis!


Maahad merupakan salah satu institusi pendidikan Islam yang masih terus ada khususnya di kawasan Asia Tenggara. Hadirnya maahad ini digunakan dan diuruskan untuk pelajar mendapat pendidikan dengan menetap di asrama sampai tamat tempoh pendidikan.


Tentu tidak mudah untuk hidup di maahad, banyak ujian yang datang dan pergi, di mana dengan adanya ujian ini dapat meningkatkan darjat pelajar yang mampu melewatinya. Selain itu, hal ini juga akan menambah keimanan dan ketakwaan bagi para pelajar. Sudah tentu tahap kematangan pelajar juga semakin meningkat.



Dengan iringan iman dan taqwa, banyak pelajar sentiasa menjalankan sunnah Nabi Muhammad SAW dengan berpuasa setiap hari isnin dan khamis. Diriwayatkan oleh Abi Hurairah r.a, Rasulullah SAW bersabda:


"Semua sedekah itu disimpan pada hari Isnin dan Khamis, maka aku lebih suka ketika sedekah itu dalam keadaan berpuasa."


Dengan tingkat kesedaran pelajar tentang kepentingan berpuasa pada hari isnin dan khamis, mereka sentiasa menjaga puasa dengan sepenuh hati walaupun dengan keterbatasan menu sahur dan iftar.



Pernah di sebuah maahad tahfiz di Indonesia, ketika para pelajar tahfiz sedang berpuasa pada hari isnin dan khamis. Tetapi ketika hendak berbuka, mereka kehabisan nasi untuk dimakan. Adanya keterbatasan tersebut tidak menjadikan para pelajar berputus asa dengan keadaan yang ada dan juga dari rahmat Allah SWT malah tahap keimanan mereka semakin meningkat.



Tetapi sebagai sesama manusia yang sedar keperluan makanan sebagai salah satu keperluan asas, apa kita tega untuk membiarkan pelajar tahfiz berbuka puasa dengan makanan seadanya?


Ayuh kita sedekahkan sedikit harta kita untuk membantu pelajar tahfiz miskin di Indonesia dalam bentuk pakej iftar puasa isnin dan khamis. Dengan menderma RM11.30, anda telah memberikan pakej iftar siap masak untuk 1 pelajar tahfiz yang berpuasa antara isnin dan khamis.



InshaAllah apa yang anda berikan akan diganti dengan yang terbaik oleh Allah SWT. Selain itu, terdapat beberapa fadhilat memberi makan kepada orang yang berpuasa, antaranya:


1. Mendapat pahala sama dengan orang yang berpuasa

2. Dapat dijamin syurga

3. Didoakan oleh para malaikat

4, Dapatkan buah-buahan di syurga

5. Menambah keberkatan rezeki



Semoga Allah SWT buat kita semua sebagai orang yang suka menolong sesama dan bersedekah dalam keredhaan-Nya, amin yaa rabbal 'aalamiin wa jazakumullahu khairan.


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM25.00

Oct 14, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Oct 11, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Oct 11, 2022

ALMARHUMAH ROSMAH BINTI ISMAIL - BONDA SAYA

Menyumbang sebanyak RM10.00

Oct 10, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Oct 09, 2022

Kempen Sumbangan Tamat