ASAR HUMANITY

Dimulakan pada Jan 25, 2023

SEDEKAH PAKEJ MAKANAN ASAS IBU TUNGGAL DARI ANAK YATIM CIANJUR

RM340 / 11.33 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM3,000

19 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

Jom hantarkan makanan asas supaya Ibu tunggal hebat dan anak yatimnya lebih selesa menyara kos sehari-hari.


Assalamualaikum wbt. Semoga Tuan dan Puan dalam keadaaan sehat dan sejahtera. Masih melaporkan langsung dari khemah pelarian mangsa gempa Cianjur. Lebih dari dua bulan berlalu selepas gegaran magnitud 5.6 gempa Cianjur, kehidupan belum baik-baik saja bagi mangsa terjejas. Hal ini berat bagi ibu tunggal dan anak-anaknya yang yatim. Tiada kepala keluarga yang mencari nafkah.


Puan Neneng mengaku pernah bekerja menjadi pekerja di luar negara di Arab Saudi demi memenuhi kebutuhan keluarganya. Namun saat gempa cianjur terjadi tanggal 21 November 2022, ia memutuskan untuk pulang ke kampung halaman menjumpai anaknya yang kurang upaya. Perjuangan Puan Neneng sangat luar biasa memberikan yang terbaik untuk anaknya.




Cerita lain kita dengar dari Puan I’a. Di sebalik kegembiraan anak-anaknya, Puan I'a begitu risau memikirkan 9 anaknya yang masih kecil. Gempa bumi Cianjur meragut suaminya dan rumah yang mereka diami. Sekarang semuanya susah sangat, nak cari rezeki tak boleh kerja kerana tak ada orang jaga 9 orang anak yang masih kecil dan seorang daripadanya berumur 3 bulan.



Tuan dan Puan, Asar Humanity mengajak anda untuk meringankan beban Ibu tunggal menyara kebutuhan sehari-hari. Dengan RM120 anda dapat memberikan makanan asas dan barang runcit lainnya supaya mereka tidak perlu berbelanja lebih untuk kos makanan. Wang yang mereka ada dapat digunakan untuk kos lain.



Semoga Allah SWT melindungi anda dan keluarga. InshaAllah pahala dan rezeki akan digandakan keberkahannya. Jazakumullah khairan. Jika kami mendapati kelebihan sumbangan dari dermawan lainnya, dana juga akan diberikan kepada penerima manfaat lainnya dengan kriteria ibu tunggal hebat mangsa terjejas gempa bumi.


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Feb 04, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jan 26, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM100.00

Jan 26, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jan 26, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jan 26, 2023

Kempen Sumbangan Tamat