ASAR HUMANITY

Dimulakan pada Feb 29, 2024

PAKEJ MAKANAN ASAS UNTUK SAUDARA DI GAZA YANG KELAPARAN

RM422 / 14.07 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM3,000

21 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

Perlakuan zalim Zionis masih terus menyekat persediaan makanan kepada saudara kita di Gaza. Jangan berhenti di sini, sediakan bahan makanan yang patut untuk mereka!


Dalam bayang-bayang penjajahan dan sekatan Zionis yang tidak berkesudahan di Gaza, suara-suara terpinggir terus merayu bantuan. Wartawan Al Jazeera Anas Al-Sharif memberikan gambaran menyayat hati tentang penderitaan 700,000 orang yang terperangkap dalam kekejaman Zionis di utara Gaza.



Di tengah-tengah keputusasaan, ada seorang bayi berusia lima bulan di Rafah, dengan tubuh lemah yang menampakkan tulangnya, menangis tanpa henti kerana kelaparan. Keluarganya tidak dapat menyediakan susu formula atau memenuhi keperluan asasnya. Malah, ibunya sendiri tidak dapat menyusukan kerana kekurangan zat makanan, sehingga air susu tidak keluar.



Cerita ini bukan satu-satunya. Cerita kematiaan anak-anak dari utara ke selatan, dikabarkan beberapa hari ini.. Satu catatan daripada seorang wartawan tempatan melukiskan gambaran yang jelas tentang keadaan terdesak di Gaza, "Kami tidak mati akibat pengeboman, kami akan mati kerana kelaparan...kehancuran di utara Gaza begitu sukar untuk digambarkan. Malah makanan haiwan yang kami biasa makan telah menjadi jarang dan jarang diperoleh. Tiada apa-apa untuk mengisi perut kita yang kosong. Pendudukan Israel tidak membenarkan bantuan yang mencukupi untuk mengakses Utara. Tidak ada makanan, dan jika ada, kita kehabisan wang untuk membayar untuk ia."



Dalam keadaan tegang begini, kita tidak boleh berdiam diri. Kita mesti bertindak. Kita mesti menunjukkan solidariti kita kepada saudara-saudara kita di Gaza yang terus berjuang untuk terus hidup. Kita harus membuktikan bahawa kita terus memperjuangkan keadilan bagi mereka yang menjadi mangsa penjajahan dan serangan.



Mulai RM10, InshaAllah dikutip untuk dihantarkan dalam bentuk bahan makanan dan barang runcit sebagai bekalan bagi pelarian di Gaza. Setiap sumbangan akan menjadi bukti nyata sokongan kita terhadap perjuangan dan bukti nyata kita berdiri bersama dalam mempertahankan tanah air Palestin dan pembebasan Al Aqsa.



Bersama-sama, kita boleh memberikan harapan kepada saudara kita di tengah-tengah keputusasaan. Semoga Allah memberi perlindungan dan rahmat yang melimpah ruah kepada anda dan keluarga. Jazakumullah khairan.


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

NUR NADIRA AIZA BINTI NASHARUDDIN

Menyumbang sebanyak RM10.00

Mar 05, 2024

MUHAMAD NASIR BIN ABDUL RAZAK

Menyumbang sebanyak RM25.00

Mar 02, 2024

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM40.00

Mar 02, 2024

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Mar 01, 2024

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM50.00

Mar 01, 2024

Kempen Sumbangan Tamat