ASAR HUMANITY

Dimulakan pada Sep 06, 2023

INFAQ PAKEJ MAKANAN ASAS BERTERUSAN BAGI KELUARGA MISKIN DI GAZA

RM190 / 6.33 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM3,000

15 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

Sejak kematian bapak, anak yatim pejuang keluarga bekerja demi menyara kebutuhan hidup. Jom menghantarkan pakej makanan, ringankan derita mereka!


Di balik senyuman Mohammed, seorang anak 13 tahun pemetik buah di kebun, ada cerita yang sangat menyayat hati. Kehidupan yang keras mendewasakan umurnya yang harusnya masih merasakan kasih sayang kedua orang tua. Namun, tahun 2021 menjadi tahun yang menyedihkan ketika bapaknya meninggal dunia kerana keluarga mereka kehilangan sosok tulang belakang keluarga.



Sejak kematian bapanya, ia yang bertanggungjawab atas kebutuhan rumah. Mohammed tinggal di rumah sederhana bersama ibu dan adik-beradiknya. Seperti anak seusianya Mohammed sangat suka bermain bola sepak dan melukis. Namun, ia tak bisa selalu melakukan kegiatan yang ia sukai, karena ia tahu betul harus membantu ibunya. Ibunya memintanya bekerja di kebun seperti abangnya agar mereka memiliki wang untuk menyara kebutuhan harian. Setiap hari setelah bekerja, Mohammed menerima 20 shekel atau RM24 sehari. Alhamdulillah ada wang untuk membeli keperluan asas keluarganya di rumah.



Ibunya bercerita, kegiatan Mohammed dimulakan pukul 3 pagi untuk bekerja. Saat ini musim panas melampau di tanah pertanian. Apabila Mohammed pulang ke rumah selepas bekerja, dia datang dalam keadaan letih. Kemudian ia bergegas tidur sahaja tanpa meminta makanan. Wang dari hasil bekerja dibayarkan untuk kos elektrik dan air, tapi kewajiban bagi mereka membayar kad elektrik setiap bulan, tidak diikuti dengan akses elektrik dan air yang baik. Hidup di Gaza memang penuh dengan cabaran. Alhamdulillah mereka masih boleh membeli air ke jiran mereka yang memiliki air lebih. Mohammed membeli air dari jiran mereka dalam botol atau kepada tuan rumah di mana ibunya bekerja melakukan kerja-kerja pembersihan rumah sehingga ada tambahan kewangan keluarga.



Asar Humanity menjemput anda untuk meringankan perjuangan Mohammed dan Ibunya menyara kebutuhan hidup. Mari kita hantarkan pakej makanan asas dan barang runcit untuk persediaan mereka makan. Sehingga wang yang ada dapat dibelikan untuk keperluan lainnya seperti bayaran elektrik, air dan juga kebutuhan sekolah adik-beradik.


Mulai dari infaq RM10 anda dapat mengagihkan pakej berisi beras, tepung, kacang, roti, makanan tin, minyak dan makanan pelengkap lainnya. Mohammed dan ibunya hanyalah satu contoh dari cerminan kehidupan di Gaza. InsyaAllah jika mencukupi kami akan agihkan juga bantuan kepada keluarga yatim dan dhuafa lainnya. Semoga Allah memberikan keberkahan dan pahala yang melimpah kepada anda serta keluarga. Jazakumullah khairan.


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Sep 19, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Sep 11, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Sep 10, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Sep 10, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Sep 08, 2023

Kempen Sumbangan Tamat