ASAR HUMANITY

Dimulakan pada Nov 06, 2023

INFAQ PAKEJ MAKANAN ASAS DAN BERKHASIAT UNTUK WARGA MISKIN YAMAN

RM60 / 2.00 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM3,000

4 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

Belum semua mendapatkan bantuan makanan, jom hantarkan terus makanan berkhasiat untuk saudara kita di Yaman yang aman sangat kelaparan!


Masih ada kisah kebaikan yang berterusan di sebalik agihan makanan di Yaman pada waktu yang lepas. Kisah ini adalah tentang harapan dan perubahan sebenar dengan sokongan besar Allah SWT, telah ciptakan. MashaAllah!



Mengunjungi Ma'rib, sebuah wilayah di Yaman yang dipenuhi dengan ramai orang miskin dan memerlukan, adalah pengalaman yang mendebarkan. Alhamdulillah, dari kempen sebelum ini, kami berjaya menyampaikan amanat tuan dalam bentuk pakej makanan asas dan barangan runcit kepada berpuluh-puluh keluarga miskin di sana. Walau bagaimanapun, semasa kami berada di sana, kami menyedari bahawa beberapa keluarga masih tidak mendapat pakej yang sama.



Senyuman kesyukuran yang terpancar di wajah mereka yang menerima bantuan daripada anda telah menjadi satu kebaikan yang tidak dapat dilupakan. Asar Humanity percaya bahawa kebahagiaan ini bukan hanya sementara. Kami bersedia untuk meneruskan perjalanan kebaikan ini bersama anda.


Krisis kemanusiaan yang tidak berkesudahan telah melanda saudara-saudara kita di Yaman dengan teruk. Menurut laporan Program Makanan Sedunia (WFP), lebih 17 juta orang di Yaman menghadapi krisis makanan. Mereka bergelut untuk memenuhi keperluan makanan harian mereka.



Kami percaya bahawa bersama-sama kita boleh membuat perubahan. Kami telah melihat dengan mata kepala sendiri betapa besarnya impak bantuan makanan yang kami agihkan pada Ramadan lalu. Apabila kami tiba dengan bungkusan makanan, senyuman dan emosi terpancar di wajah mereka. Dalam kegembiraan itu, terpancar rasa syukur yang tidak terhingga kerana dapat tidur dengan perut yang kenyang dengan makanan yang lazat.



InshaAllah, Asar Humanity berjanji akan terus bersama saudara-saudara kita di Yaman dalam memerangi krisis ini. Walau bagaimanapun, kita tahu bahawa kita tidak boleh melakukannya seorang diri. Bermula dari RM10, derma anda akan digunakan untuk menyediakan bungkusan makanan yang mengandungi beras, kacang, minyak, susu, gula, tepung jagung dan barangan runcit penting lain untuk keluarga di Yaman. Semoga Allah SWT sentiasa melimpahkan rahmat kepada anda dan keluarga. 


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Tiada doa

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Nov 10, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Nov 10, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM30.00

Nov 08, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Nov 08, 2023

Kempen Sumbangan Tamat