ASAR HUMANITY

Dimulakan pada Jan 04, 2024

PAKEJ MAKANAN DAN BARANG RUNCIT WARGA EMAS PEKERJA KERAS

RM205 / 6.83 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM3,000

15 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

Jom hantarkan bungkusan makanan dan barang runcit untuk kakek Ahmad yang rajin solat pekerja keras dan warga emas lainnya!


Dalam kesibukan kita, kadangkala kita terlupa bahawa masih ada generasi yang telah memberikan segalanya untuk membina masyarakat ini. Warga emas yang terbiar dan bekerja keras yang masih gigih bekerja di hari tua memerlukan sokongan kita. Mari bersama-sama membawa sejuta senyuman dengan menghulurkan bantuan makanan kepada mereka yang memerlukan.



Masa berlalu, ramai warga emas terabai dan pekerja keras masih mencari rezeki di hari tua. Mereka adalah wira tanpa tanda jasa yang tidak pernah berputus asa, tetapi mereka sering dilupakan. Marilah kita berganding bahu memberikan bantuan makanan kepada mereka, menjaga kebajikan mereka, dan menyuarakan hak mereka untuk menjalani kehidupan yang layak. Adapun tujuan dalam kempen ini adalah:


1. Memberi bantuan makanan kepada warga emas yang terabai dan rajin bekerja di hari tua.

2. Menyedarkan orang ramai tentang kewujudan mereka dan keperluan mendesak untuk memberi perhatian dan sokongan.

3. Mengutip derma bagi memastikan kelestarian program bantuan makanan dan kebajikan warga emas dan pekerja keras di hari tua.



Dengan sumbangan minimum RM10, anda boleh menyumbang untuk merealisasikan harapan warga emas. Pelaburan kecil ini akan menjadi pelaburan besar untuk mereka. Marilah kita bersama-sama mencipta kebahagiaan dan kemakmuran untuk warga emas yang rajin seperti Atuk Ahmad. InshaAllah, setiap sumbangan yang anda berikan akan membawa keberkatan dan memenuhi keperluan mereka.




Sumbangan dari anda sebelumnya telah membantu Nek Jaria mendapatkan makanan asas dan barang runcit untuk kebutuhan harian. Mari luaskan manfaat, bahagiakan yang lainnya. Semoga Allah SWT melimpahkan rahmat, perlindungan dan kelancaran rezeki buat anda sekeluarga. Amin, Rabbal Alamin. Jazakumullah khairan.


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jan 12, 2024

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jan 09, 2024

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM50.00

Jan 05, 2024

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jan 05, 2024

ASIAH HJ NASIR

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jan 05, 2024

Kempen Sumbangan Tamat