ASAR HUMANITY

Dimulakan pada Feb 23, 2024

INFAQ PAKEJ MAKANAN ASAS BEKALAN RAMADAN UNTUK KELUARGA MISKIN DI YAMAN

RM240 / 8.00 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM3,000

13 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

Berkongsi memaknai bulan Ramadan, dengan berbagi makanan saudara Muslim di Yaman. Jom hantarkan bekalan makanan asas untuk mereka yang terdedah kelaparan!


Seiring dengan hampir berakhirnya bulan Syaaban, kita diundang untuk merenungkan keberkatan yang terkandung dalam setiap hari yang kita lalui. Di Yaman, saudara-saudara kita berjuang untuk mengisi perut mereka dengan makanan yang cukup. Bulan Ramadan di ambang pintu, namun puasa bukan lah hal yang asing bagi mereka yang tak mampu memenuhi keperluan makanan harian.




Asar Humanity menjemput anda memaknai bulan Ramadan dengan mengambil kesempatan berbagi kebahagiaan dengan mereka yang kekurangan. Ibadah puasa tidak lagi kita maknai dengan menahan lapar sahaja, tapi lebih dari perkhidmatan syukur kepada Allah SWT, dengan diwujudkan dalam bentuk berbagi makanan kepada saudara muslim lainnya.


Bandar Taizz, di tengah kekacauan konflik, setiap detik adalah pertarungan untuk hidup. Kanak-kanak, yang sepatutnya bermain dan belajar, terpaksa menanggung beban ketidakpastian yang membebankan. Ini bukan hanya kekurangan makanan; ini adalah kehilangan masa depan yang penuh dengan harapan.



Dengan setiap sumbangan yang diberikan, kita dapat membawa sinar kehidupan kepada mereka yang sedang mengalami kegelapan. Paket makanan bekalan makanan yang kita sediakan bukan sekadar penawar lapar, tetapi juga hantaran kepedulian kita kepada mereka yang kesulitan.




Mulai RM10, kita dapat menyediakan bungkusan makanan yang mencukupi seperti beras, kacang, minyak, susu, gula, tepung jagung dan barangan runcit penting lain untuk membawa mereka melalui setiap hari Ramadan dengan kekuatan dan kegembiraan. Tidak ada sumbangan yang terlalu kecil; setiap sentian yang kita berikan adalah penanda harapan yang kita hulurkan kepada mereka.


Semoga Allah SWT memberkati setiap langkah kebaikan yang kita lakukan dan memberikan rahmat-Nya kepada kita dan keluarga kita. Amin.


Jom #BuatBaik!


Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

KALSOM BINTI ABDULAH

Menyumbang sebanyak RM50.00

Mar 01, 2024

MUSTAPHA ZAINUL

Menyumbang sebanyak RM10.00

Mar 01, 2024

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM50.00

Feb 29, 2024

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Feb 26, 2024

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Feb 26, 2024

Kempen Sumbangan Tamat