ASAR HUMANITY

Dimulakan pada Dec 27, 2022

SEDEKAH PAKEJ MAKANAN UNTUK WARGA YAMAN DHUAFA

RM250 / 8.33 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM3,000

11 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

Kekurangan makanan telah menghantui kebanyakan warga Yaman. Jom bantu mereka memenuhi keperluan makanan dan jangan biarkan mereka kelaparan!


Lebih kurang 16.2 juta rakyat Yaman tidak terjamin makanannya dan hampir 2.2 juta kanak-kanak Yaman mengalami kekurangan zat makanan. Ini sudah tentu masalah yang memerlukan perhatian kerana kekurangan makanan boleh memberi kesan negatif kepada kesihatan mereka. Hal ini disebabkan oleh ketidakcukupan nutrisi dalam badan mereka. Jika ini berlaku secara berterusan, ia boleh menyebabkan anemia, skurvi, kwashiorkor, beri-beri, pellagra dan beberapa penyakit lain.




Oleh itu, perhatian khusus amat diperlukan bagi warga Yaman dhuafa yang sukar memenuhi keperluan makanan mereka. Melalui kempen ini, Asar Humanity ingin mengajak anda untuk bersama-sama membantu warga Yaman memenuhi keperluan makanan mereka. Sebaliknya Negara Yaman mempunyai keistimewaan tersendiri di sisi Allah SWT dan Rasulullah SAW, sebagaimana hadis riwayat Imam Ahmad berikut:


أتاكم أهل اليمن, هم أرقّ قلوبا, الإيمان يمان و الفقه يمان و الحكمة يمانية


“Penduduk Yaman telah datang kepadamu. Merekalah yang paling lembut hati. Iman ada di Yaman, Fiqh ada di Yaman, dan hikmah ada di Yaman." (Riwayat Imam Ahmad)



Di lain sisi, terdapat beberapa fadhilat apabila kita membantu keperluan makan orang yang membutuhkan, di antaranya: 


1. Dilapangkan pintu rezeki

2. Mengeratkan hubungan

3. Gandakan pahala

4. Memberi ketenangan jiwa

5. Dihapuskan dosa-dosa



Oleh sebab itu, jom bantu warga Yaman memenuhi keperluan makanan mereka dengan bersedekah pada kempen ini. InshaAllah sedekah yang terkumpul akan diagihkan kepada warga Yaman dhuafa dalam bentuk pakej makanan.


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Tiada doa

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM150.00

Dec 28, 2022

Kempen Sumbangan Tamat