ASAR HUMANITY

Dimulakan pada Oct 04, 2023

INFAQ PAKEJ MAKANAN BERTERUSAN BAGI KELUARGA ANAK YATIM DI GAZA

RM255 / 8.50 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM3,000

18 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

Anak yatim pejuang keluarga kerana kematian bapak, jom bantu ringankan perjuangan menyara kebutuhan hidup mereka dengan menghantarkan pakej makanan!


Ingatkah anda kepada Mohammed kanak-kanak yatim di Gaza yang suka bermain bola dan melukis? Dia tinggal bersama ibunya dan adik-beradiknya di Gaza. Sejak kecil Mohammed sudah harus bertanggungjawab atas kebutuhan keluarga setelah bapanya meninggal dunia ketika Mohammed berumur 11 tahun. Saat itu juga keluarga ini kehilangan sosok tulang belakang keluarga.



Dia anak yang sholeh sehingga dia pun bekerja supaya mereka memiliki wang. Dari hasil bekerja, Mohammed menerima 20 shekel atau RM24 sehari, alhamdulillah ada untuk memenuhi keperluan asas keluarganya di rumah. Mohammed keluar dari pukul 3 pagi untuk bekerja. Ketika musim panas, udara panas yang melampau di tanah pertanian, sehingga dia terdedah kepada penyakit. Ibunya berkata bahawa apabila Mohammed pulang ke rumah selepas bekerja, dia datang dalam keadaan letih. Sehingga ia bergegas tidur sahaja tanpa meminta makanan.



Kematian bapanya menyebabkan dia membesar terpaksa menjadi matang daripada usianya. Rumah mereka tidak melebihi keluasan 80 meter. Terdiri daripada 3 bilik usang di bawah papan Zinko dan ia bukan milik mereka, melainkan bapa ayahnya. Rumah itu panas pada musim panas dan melampau sejuk pada musim sejuk. Adapun perabot di dalam rumah itu sangat usang kerana tidak ada almari untuk peralatan rumah. Keadaan serba terbatas mereka tak sedia air, maka Mohammed membeli air dari jiran mereka dalam botol.



Sementara itu mereka juga terbatas dalam penggunaan elektrik, padahal ini menjadi kewajiban bagi mereka membayar kad elektrik setiap bulan. Ibunya yang bekerja melakukan kerja-kerja pembersihan rumah, sehingga ada tambahan pemasukan keluarga. Mari kita hantarkan pakej makanan asas dan barang runcit untuk persediaan mereka makan. Sehingga wang yang ada dapat dibelikan untuk keperluan lainnya seperti bayaran elektrik, air dan juga kebutuhan sekolah adik-beradik.



Mulai dari infaq RM10 anda dapat mengagihkan pakej berisi beras, tepung, kacang, roti, makanan tin, minyak, dan makanan pelengkap lainnya. InshaAllah keberkahan akan terpancar bagi anda yang berinfaq dan keluarga miskin di Gaza yang menerima bantuan. Mohammed dan ibunya hanyalah salah satu figur keluarga miskin di Gaza, inshaAllah kami juga butuhkan bantuan anda untuk meluaskan kebahagiaan bagi keluarga miskin yang lain.


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Oct 13, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Oct 09, 2023

HAMBA ALLAH

Menyumbang sebanyak RM10.00

Oct 09, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Oct 09, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Oct 06, 2023

Kempen Sumbangan Tamat