ASAR HUMANITY

Dimulakan pada Oct 08, 2024

PAKEJ BAHAN ASAS BANTU WARGA YANG DILANDA KEKERINGAN

RM70 / 2.33 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM3,000

6 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

Jom bantu masyarakat yang berjuang di tengah kekeringan mendapatkan makanan layak dan bergizi bersama ASAR Humanity.


Air adalah sumber kehidupan, namun bagi masyarakat Kampung Lembur Sawah di Jonggol, kekeringan telah merampas akses mereka kepada air bersih. Sawah-sawah yang menjadi sumber rezeki penduduk kampung kini kering kerontang.



Akibatnya, mereka terpaksa berdepan dengan kegagalan panen yang sangat mempengaruhi ekonomi mereka. Bukan sahaja kekurangan air bersih, anak-anak kecil di kampung ini juga menderita kerana tidak dapat menikmati makanan yang berkhasiat.



Kesukaran hidup semakin berat, dan keluarga-keluarga tidak lagi mampu menyediakan makanan bergizi untuk anak-anak mereka. Melihat keadaan ini, ASAR Humanity mengajak anda untuk sama-sama membantu meringankan beban saudara-saudara kita di Kampung Lembur Sawah.



Donasi yang terkumpul akan digunakan untuk menyediakan bekalan sembako, makanan berkhasiat, beras, serta bantuan air bersih kepada mereka yang memerlukan.



Allah SWT berfirman dalam Surah Al-Baqarah, ayat 261:


"Perumpamaan (nafkah yang dikeluarkan oleh) orang-orang yang menafkahkan hartanya di jalan Allah adalah serupa dengan sebutir benih yang menumbuhkan tujuh tangkai; pada tiap-tiap tangkai ada seratus biji. Allah melipatgandakan (ganjaran) bagi siapa yang Dia kehendaki."



Setiap sumbangan anda adalah harapan bagi mereka yang sedang berjuang untuk hidup di tengah kekeringan yang melanda. Bersama, kita mampu mengubah kehidupan mereka, insya-Allah. Mari kita bantu mereka, ringankan penderitaan yang mereka alami, dan pastikan tiada lagi keluarga yang kelaparan kerana kekurangan makanan. Semoga Allah membalas setiap kebaikan dan amal jariah anda dengan pahala yang berlipat ganda.


Jom #BuatBaik!


Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Tiada doa

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Oct 08, 2024

Kempen Sumbangan Tamat