ASAR HUMANITY

Dimulakan pada Sep 16, 2022

BANTUAN PANGAN UNTUK WARGA MISKIN

RM115 / 1.44 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM8,000

6 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

Mari kita penuhi amal baik dengan menyokong Asar Humanity memberi makanan untuk warga miskin di Indonesia. Semoga sedikit sebanyak mengurangkan beban mereka InshaAllah.


Indonesia dengan keadaan geografi yang terdiri daripada pelbagai pulau dan jumlah penduduk ke 4 terbesar di dunia, mempunyai pelbagai permasalah tersendiri di pelbagai sektor. Salah satunya adalah sektor ekonomi yang kini dialami oleh kebanyakan warga Indonesia. Peratusan penduduk miskin di Indonesia kini mencapai 9.54%.


Sebaliknya, sebanyak 2 hingga 4 juta warga menjadi miskin akibat pandemik COVID-19 dan kondisi ekonomi yang belum tumbuh. Kemiskinan yang meningkat telah meningkatkan kerentanan pangan di masyarakat sehingga beberapa warga tidak mampu untuk mencukupi kehidupan pokok sehari-harinya.


Terlebih per tanggal 3 September 2022, terjadi kenaikan harga Bahan Bakar Minyak (BBM) bersubsidi dengan peratusan kenaikan perliter sebesar 30% dan solar sebesar 32%. Dengan adanya kenaikan harga Bahan Bakar Minyak (BBM) bukan sahaja memberi efek terhadap harga pengangkutan, namun juga akan memberi efek pada sektor makanan dan kesihatan.



Dampak yang terlihat di depan mata ialah warga miskin makin terpuruk dengan adanya kenaikan harga dari pelbagai sisi. Salah satu contohnya Pak Rayyan yang bekerja sebagai teksi motosikal, dengan kenaikan harga minyak ini akan berpengaruh terhadap kehidupannya, karena sektor yang lain juga akan meningkat, manakala pendapatan yang diperoleh tidak meningkat. Pada mulanya ketika Pak Rayyan mengisi petrol senilai RM8 dapat 3.2 liter, tetapi ketika harga Bahan Bakar Minyak (BBM) naik, pada harga yang sama hanya dapat 3 liter, tentunya hal ini berpengaruh dengan kuantitas jarak yang boleh ditempuhnya.



Bagi mengurangkan kesusahan yang sedang dialami oleh rakyat Indonesia. Alhamdulillah Asar Humanity menemani rakyat Indonesia dengan berkongsi pelbagai pakej makanan yang akan diagihkan bagi warga yang memerlukan dengan butiran pakej seperti berikut:


1. Pakej RM47: Beras 5 kg, minyak goreng 2 kg, gula 2 kg dan telur

2. Pakej RM78: Beras 10 kg, minyak goreng 2 kg, gula 2 kg, telur dan susu 1 unit

3. Pakej RM156: Beras 15 kg, minyak goreng 4 kg, gula 3 kg, sarden 2 unit, susu 2 unit, telur 2 kg, tepung 2 kg, teh dan garam



Sanggupkah kita melihat saudara-saudara kita hidup dalam kesusahan makan?


Teringat sabda Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Tabrani, "Barang siapa yang memberi makan seorang mukmin hingga dia kenyang, Allah akan memasukkannya ke dalam salah satu pintu syurga yang tidak dimasuki oleh orang lain." (HR.Tabrani)



Marilah kita bersama-sama menemani saudara kita melalui masa sukar ini dengan menghadiahkan pakej makanan, agar mereka dapat meneruskan kehidupan mereka dan dapat berfokus pada pemenuhan keperluan lain. Untuk terus meluaskan manfaat serta meringankan beban saudara kita, sudah tentu kita harus berganding bahu menghulurkan bantuan kepada mereka yang memerlukan.


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

ROHANI BINTI MD SHAH

Menyumbang sebanyak RM10.00

Oct 03, 2022

ROSLAN AWANG CHIK

Menyumbang sebanyak RM10.00

Sep 26, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Sep 20, 2022

ALMARHUMAH ROSMAH BINTI ISMAIL - BONDA SAYA

Menyumbang sebanyak RM25.00

Sep 19, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM50.00

Sep 19, 2022

Kempen Sumbangan Tamat