Belum berdaftar? Daftar sekarang!
Buat carian Kempen
PERTUBUHAN KEMANUSIAAN TANPA SEMPADAN
Dimulakan pada Sep 15, 2025
RM100 / 0.20 %
Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM50,000
9 Penyumbang
44 Baki Hari
Lebih 1,000 jiwa terkorban. Beribu rumah dan keluarga kehilangan segalanya. Kita boleh buat sesuatu sekarang. Misi Bantuan Kecemasan Banjir kali ini diusahakan oleh Borderless Humanity dengan kerjasama Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) dan NGO tempatan iaitu Al-Khidmat Foundation Pakistan.

Banjir bermula sejak lewat Jun 2025 akibat musim monsun yang luar biasa, termasuk hujan lebat, dan pelepasan air dari empangan. Kawasan terutama terjejas ialah provinsi Khyber Pakhtunkhwa (KP), Punjab, Gilgit-Baltistan, Azad Jammu & Kashmir, Sindh dan Balochistan.

Hujan berterusan dan kejadian cloudburst menyebabkan banjir kilat dan tanah runtuh, terutama di kawasan berbukit dan pergunungan. Di Punjab, Sungai Ravi, Chenab, Sutlej melimpah dan beberapa empangan dibuka atau airnya dilepaskan, memperburuk banjir di kawasan rendah dan kampung.

Berpuluh ribu penduduk dipindahkan, penempatan bantuan didirikan. Banyak kawasan menghadapi cuaca ekstrem (panas, lembap), kekurangan bekalan asas, risiko penyakit. Infrastruktur seperti jalan, jambatan, rumah, dan sistem bekalan air rosak teruk. Kematian telah melepasi angka 1,000++ orang ke atas sejak akhir Jun. Bilangan orang yang terjejas dan dipindahkan adalah dalam jutaan di beberapa daerah.

Mari kita berganding bahu kerana setiap sumbangan kecil seperti sebungkus makanan, sebotol air bersih, pakaian, selimut atau bantuan kewangan sangat bermakna. Bantuan anda boleh:
1. Menyediakan air bersih dan sanitasi penting bagi mencegah penyakit.
2. Memberi tempat tinggal sementara yang selamat untuk keluarga-keluarga yang kehilangan rumah.
3. Membekalkan makanan, ubatan dan rawatan kecemasan.
4. Menghulurkan sokongan psikologi kepada mereka yang kehilangan segalanya.


Anak kecil, warga tua, serta ibu yang mengandung amat memerlukan perhatian segera. Setiap sumbangan anda, walau kecil sekalipun, mampu menjadi harapan untuk mereka meneruskan hidup. Marilah kita bersama-sama menghulurkan bantuan bagi meringankan penderitaan mangsa banjir di Pakistan.
Jom #BuatBaik!
Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Sep 23, 2025
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM20.00
Sep 22, 2025
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Sep 22, 2025
MEOR ROSAZMAN
Menyumbang sebanyak RM10.00
Sep 21, 2025
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Sep 20, 2025