RAYUAN PALESTIN BANTU RINGANKAN BEBANAN MEREKA

Dianjurkan oleh:
ISLAMIC RELIEF MALAYSIA
Dimulakan pada:
17 Oct, 2023
RAYUAN PALESTIN BANTU RINGANKAN BEBANAN MEREKA
5.30%
RM530
/RM10,000
19
penyumbang
-
baki hari

Tentang Kempen

Semoga penderitaan yang mereka alami ini akan berakhir. Ya Allah, bebaskan rakyat Palestin dari cengkaman tangan-tangan jahat. Bantu kami salurkan bantuan kepada mereka.

“Ketika serangan berlaku, anak-anak saya sedang bermain di ruang tamu. Selepas mendengar bunyi letupan yang kuat berdekatan rumah kami, mereka mula menangis dan menjerit ketakutan,” kata salah seorang penduduk Gaza.

Tangisan dan ratapan silih berganti tanpa henti, di bumi Gaza. Anak-anak menjadi yatim dalam sekelip mata. Mereka bukan sahaja kehilangan ibu dan ayah, malah ada yang kehilangan seluruh ahli keluarga dalam serangan yang berlaku.

Siri letupan dan pengeboman semakin berleluasa, entah bila konflik ini akan berakhir. Ribuan penduduk Gaza kini hilang tempat tinggal, berikutan kediaman mereka runtuh dan musnah dibedil tangan-tangan rakus. Tiada lagi tempat yang selamat untuk mereka berlindung.

Gaza menjadi penjara terbuka yang paling besar di dunia.

Sekatan penuh yang dikenakan ke atas Gaza, menambahkan lagi tekanan sedia ada. Jika keadaan ini berterusan, dikhuatiri ramai penduduk Gaza akan mula kelaparan hingga boleh mengancam nyawa. Meski kakitangan Islamic Relief di Gaza turut berdepan situasi kritikal yang sama, kami dimaklumkan agihan bantuan tetap diteruskan melibatkan edaran bekalan perubatan ke pusat-pusat kesihatan, serta baucar tunai dan pek makanan yang diberikan kepada penduduk terjejas.

Islamic Relief sudah membantu penduduk Gaza dan Palestin sejak tahun 1997, melalui pelbagai sektor bantuan antaranya kecemasan, kesihatan, makanan, pendidikan dan lain-lain. Islamic Relief juga sentiasa bekerjasama dengan komuniti setempat bagi menyalurkan bantuan segera ketika keadaan kecemasan dan fasa pemulihan.

Bekalan terhad yang Islamic Relief sediakan untuk diedarkan adalah bekalan yang sudah ada di Gaza dan disediakan melalui Pelan Kesediaan Bencana oleh Islamic Relief. Teruskan menyokong usaha Islamic Relief dan zahirkan keprihatinan anda terhadap Gaza dan Palestin dengan menyumbang menerusi tabung Rayuan Palestin.

Jom #BuatBaik!

Laporan Kempen

18 Oct 2023

Gambar ini diambil di Palestin pada 11/10/2023

Staf kami yang berada di Palestin mengagih bantuan keperluan makanan dapur kepada penduduk palestin yang terjejas

18 Oct 2023

Gambar ini diambil di Palestin pada 9/10/2023

Staf kami di Palestin sedang giat melakukan penilaian bagi memberikan bantuan yang terbaik kepada penduduk Palestin yang terkesan dengan krisis yang berlaku di sana. Kebanyakan bekalan ubat-ubatan habis.

18 Oct 2023

Gambar ini diambil di Palestin pada 7/10/2023

Kita dapat lihat kesan runtuhan bangunan akibat bedilan bom dan roket daripada Israel

Rujukan Terkini

Tiada Rujukan Terkini

Belum ada yang merujuk kempen ini

!
Anda merasa kempen mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Senarai Penyumbang

MUHAMAD RIDZUAN BIN ROSLEY
Menyumbang sebanyak RM25.00
Nov 17, 2023
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM30.00
Nov 17, 2023
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Nov 17, 2023
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM30.00
Nov 14, 2023
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Nov 10, 2023

Kongsi kempen

Whatsapp
Telegram
Lain-lain

Kempen yang mungkin anda berminat

SUMBANGAN BAIK PULIH SEKOLAH
PEMBINAAN MADRASAH UNTUK PELAJAR HAFAZAN AL-QURAN
PONDOK ROSAK AKIBAT BANJIR HULURKAN ALMARI DAN AL QURAN
BANTU MANGSA BENCANA BANJIR DI TIGA WILAYAH
BANTUAN SEGERA UNTUK GAZA
Kempen Sumbangan Tamat