TABUNG PAM AIR UNTUK MASYARAKAT KAMPUNG

RM1,655 / 33.10 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM5,000

103 Penyumbang

23 Baki Hari

Kongsi:

Tentang Kempen

Jom bersama kami mempercepatkan bantuan sumbangan membeli pam air kepada masyarakat kampung. InsyaAllah moga kempen ini akan berjaya dalam kita bersama membuat saham akhirat.


Allah berfirman "Allah memusnahkan riba dan menyuburkan sedekah. Dan Allah tidak menyukai setiap orang yang tetap dalam kekafiran, dan selalu berbuat dosa." (QS. Al-Baqarah: 276)


Sebanyak RM5000 sasaran diperlukan untuk pembelian pam air jenis gasolin. Pembelian pam air ini bertujuan untuk memadam kebakaran dimana kawasan ini tidak mempunyai fasiliti bomba untuk mempercepatkan proses pemadaman sekiranya berlaku kebakaran. Pam Air ini juga boleh membantu golongan dikawasan yang terjejas seperti Kampung Sedi yang telah terbakar kebun seluas 1km persegi lebih dan api hampir ke kawasan di kampung terdekat.



Pada kutipan fasa pertama, pam air tersebut bejaya dibeli dan diserahkan kepada wakil penduduk di Kampung Paloh, Sarikei. Pam yang ada di Kampung Paloh ini telah digunakan pada satu kebakaran asrama sekolah dan sedikit sebanyak ianya membantu ketika berlaku kebakaran berikutan untuk bomba akses ke sana mengambil kira masa hampir 30 minit menaiki jalan air. Oleh itu sangat penting tambahan pam air ini untuk mereka bagi memastikan jika berlakunya kebakaran, mereka mampu melalukan bantuan awal di sana.



Pam air yang disumbangkan turut digunakan semasa memadam kebakaran blok asrama sekolah di Kampung Paloh.



Tambahan pam air di kampung berkenaan sangat perlu untuk memastikan jika berlaku kebakaran, ianya dapat dipadam dengan lebih cepat. Diharap penderma boleh membantu untuk mempercepatkan pembelian pam air ini.


Sabda Rasulullah SAW: "Sesungguhnya sedekah seseorang muslim itu memanjangkan umur dan mencegah dari mati dalam keadaan buruk dan Allah Taala pula menghapuskan sikap sombong dan membangga diri si penderma dengan sebab sedekahnya."( Hadis Riwayat Tabrani)


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Oct 06, 2022

HISHAM

Menyumbang sebanyak RM10.00

Oct 05, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM25.00

Oct 05, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Oct 04, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Oct 04, 2022