SUMBANG LAMPIN DEWASA UNTUK YANG MEMERLUKAN

RM730 / 18.25 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM4,000

41 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

JOM KITA BANTU SUMBANGKAN LAMPIN DEWASA BAGI GOLONGAN YANG MEMERLUKAN. GOLONGAN INI SENTIASA MEMERLUKAN BANTUAN BERTERUSAN LAMPIN DEWASA. PAHALA YANG ANDA BUAT MENGALIR BAGAI AIR SUNGAI MENGALIR


Assalamualaikum wbt. Desawarsa ini kenaikan harga kos barangan asas semakin meningkat dan tidak terkawal. Rakyat tertekan dan terhimpit apatah lagi dikalangan asnaf, B40 mahupun sesiapa sahaja yang terkesan dengan kenaikan ini. Kenaikan harga barangan menyebabkan pendapatan bersih rakyat semakin terhakis.



Walaupun harga naik namun rakyat terpaksa juga berusaha untuk meletakkan hidangan di atas meja. Tetapi dikala ini kuantiti barangan yang boleh dibeli semakin menipis. Maka barangan keperluan yang lain terpaksa dikurangkan demi untuk keluarga dari kekurangan makanan. Antara barangan keperluan yang terjejas adalah lampin pakai buang bagi golongan dewasa. 



Lampin pakai buang ini amat diperlukan oleh golongan yang memerlukan atas asbab kebersihan diri. Namun kenaikan harga menyebabkan kuantiti yang boleh digunakan semakin mengecil. Sasaran kami adalah agar dapat membantu lebih kurang RM4000.00 bagi meringankan beban mereka. Atas sebab ini maka pihak Komuniti Ihsan terpanggil untuk membantu mengedarkan barangan ini kepada:


1. Warga emas

2. Asnaf

3. OKU

4. Pesakit terlantar

5. Mereka yang sangat memerlukan



Sesuai dengan Sabda Rasulullah:


وَمَنْ يَسَّرَ عَلَى مُعْسِرٍ يَسَّرَ اللهُ عَلَيْهِ فِي الدُّنْيَا وَالآخِرَةِ


“Barangsiapa yang mempermudah urusan mereka yang kesusahan, maka Allah akan mempermudahkan urusannya di dunia dan di akhirat.” (HR Muslim)


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Dec 02, 2022

NOR AIN NAIMAT

Menyumbang sebanyak RM10.00

Dec 02, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Dec 01, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM15.00

Dec 01, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Nov 30, 2022

Kempen Sumbangan Tamat