SUMBANGAN UNTUK DANA LAMPIN BAYI DAN DEWASA SERTA SUSU FORMULA

RM234 / 0.47 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM50,000

16 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

Kempen ini dizahirkan untuk membantu meringakan bebanan keluarga B40 memandangkan kos pampers dan susu formula agak tinggi.


Assalamulaikum kepada semua dermawan. Kempen ini adalah inisiatif bagi membantu bayi dan pesakit strok dan diabetes dari keluarga B40 bagi mendapatkan bantuan susu formula dan pampers bagi meringankan beban perbelanjaan dan mendapat zat untuk membesar sebaiknya.Manakala untuk pesakit dewasa diabetes atau warga emas yang mengalami strok adalah untuk nutrien secukupnya.



Kami di Pertubuhan Sukarelawan Amal Wangsa Maju (PERSUWA) menggerakkan satu kempen sumbangan inisiatif bagi membantu bayi dari keluarga B40 mendapatkan bantuan susu formula dan lampin bayi bagi meringankan bebanan mereka ketika economy recession dan barangan serta kos keperluan hidup semakin mahal. Kami banyak menerima permohonan untuk mendapatkan lampin dan susu formula untuk pesakit strok dan diabetes pada kempen yang lepas.




Bayangkan di saat kita mendengar tangisan anak-anak kita apabila mereka menangis mahukan susu, secara automatiknya dengan pantas kita bergegas untuk siapkan susu. Namun nasib kita tak sama, dikala kita masih mampu berikan anak kita susu seperti biasa, ada dikalangan kita yang sudah terputus bekalan susu dek kerana hilangnya punca pendapatan atau menghadapi masalah kewangan.

Lebih menyedihkan ada yang membancuh susu pekat untuk diberikan kepada bayi mereka sedangkan susu ini tidak sesuai untuk bayi. Manakala bagi pesakit diabetes yang dipotong kaki, pengerakan mereka terbatas dan ada yang belum mendapat pekerjaan. Pesakit strok pula ada yang lumpuh sepenuhnya dan susu dimasukan ke tiub melalui lubang hidung. Kos pembelian susu formula adalah RM100 ke atas.



Atas asbab inilah sumbangan bekalan susu formula dan pampers bayi dan juga dewasa untuk golongan B40 ini perlu disegerakan. Disini kami ingin merayu kepada anda semua yang membaca mesej ini untuk turut sama menyumbang kepada kempen ini.



Ingat bantuan anda sangat berharga kepada mereka yang memerlukan dan bermakna demi menghentikan tangisan anak-anak kecil yang pesakit warga emas, lumpuh serta diabetes untuk memudahkan urusan mereka serta meringan bebanan keluarga mereka. Selepas menyumbang, ayuh kongsikan kempen ini dengan ahli keluarga dan kawan-kawan anda.


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM50.00

Jan 12, 2023

NOR AZLIN NORDIN

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jan 12, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jan 11, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jan 11, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jan 11, 2023

Kempen Sumbangan Tamat