DANA PRIHATIN PASCA BANJIR JOHOR 2023

RM95 / 1.36 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM7,000

8 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

BERSAMA KITA MEMBANTU MANGSA BANJIR DAN LOKASI TERJEJAS SEPERTI KAWASAN PUSAT PENGAJIAN DALAM USAHA PEMBERSIHAN. SEMOGA USAHA KECIL KITA SEMUA DIBERKATI ALLAH DUNIA DAN AKHIRAT. INSHAAALLAH, AMIN.


Assalamualaikum wbt. Tarikh 1 Mac 2023 hari Rabu merupakan permulaan kepada bencana banjir di Negeri Johor yang mana memberikan kesan kepada hampir keseluruhan daerah di Johor dengan anggaran jumlah mangsa banjir yang mencecah kepada lebih 50,000 orang mangsa banjir.



Bencana banjir yang berlaku ini mengakibatan berlakunya pelbagai kerosakan infrastruktur seperti rumah-rumah mangsa, kedai-kedai, sekolah, pusat madrasah ilmu, masjid-masjid dan surau-surau serta pelbagai lagi yang turut terkesan dan memerlukan perkhidmatan dan bantuan dari segi tenaga kerja, peralatan pembersihan dan kerja-kerja pembersihan.



Oleh yang demikian, Pihak Persatuan Kebajikan Prihatin Rakyat Batu Pahat (PKPR Batu Pahat) dengan penuh rasa rendah diri ingin mengajak para masyarakat sekalian untuk bersama-sama dengan kami dalam membantu meringankan bebanan yang ditanggung oleh mangsa banjir dalam membersihkan kawasan-kawasan yang terjejas semampunya terutama kawasan-kawasan ilmuwan. Semoga usaha dan sumbangan yang diberikan memberikan manfaat yang besar kepada mangsa banjir. Pihak persatuan mendoakan para penyumbang semua diberkati Allah atas sumbangan yang diberikan dan dikurniakan rezeki dari arah yang tak disangka-sangka di dunia dan di akhirat kelak.






Rasulullah SAW Bersabda: “Doa seorang Muslim untuk saudaranya tanpa pengetahuan saudaranya itu mustajab. Di sisi orang (yang berdoa) itu ada malaikat yang mencatatnya. Setiap kali orang itu mendoakan kebaikan bagi saudaranya, maka malaikat mengucapkan semoga Allah memabulkan dan untukmu juga seperti itu." (Hadith Riwayat Muslim)


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Mar 13, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Mar 11, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Mar 10, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Mar 10, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Mar 10, 2023

Kempen Sumbangan Tamat