TABUNG KECEMASAN PASCA BANJIR BATU PAHAT 2023

RM900 / 18.00 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM5,000

41 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

JOM KITA BANTU SAUDARA-SAUDARA KITA YANG SEDANG DALAM KESUSAHAN DITIMPA UJIAN BANJIR. SEMOGA BANTUAN KITA DITERIMA AMALANNYA OLEH ALLAH


Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera. Tanggal 1 Mac 2023 tidak dapat dilupakan oleh penduduk Sri Medan dan Parit Sulong. Hujan lebat selama 2 hari telah mengakibatkan kenaikan air dengan mendadak. Air naik tidak disangka-sangka menimbulkan keadaan panik dan cemas.



Jalan keluar dari kampung terputus dan menyebabkan penduduk terkandas. Hanya Allah yang mengetahui betapa paniknya penduduk pada ketika itu. Air naik menenggelamkan rumah, kereta, harta benda malah haiwan kesayangan dan ternakan juga. 



Mangsa-mangsa telah ditempatkan di PPS yang telah ditetapkan. Kesan kemusnahan amat ketara dan apatah lagi selepas banjir surut nanti. Pihak Amal Batu Pahat sedang merangka program bantuan pasca banjir Batu Pahat iaitu selepas banjir. Pihak NGO sedang mengumpulkan dana untuk membeli keperluan selepas banjir. Hanya ini yang kita mampu bantu mereka, berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul.



Ketahuilah bahawa Allah akan mempermudahkan urusan hamba yang membantu orang lain yang di dalam kesusahan. Sabda Rasulullah:


وَمَنْ يَسَّرَ عَلَى مُعْسِرٍ يَسَّرَ اللهُ عَلَيْهِ فِي الدُّنْيَا وَالآخِرَةِ


“Barangsiapa yang mempermudah urusan mereka yang kesusahan, maka Allah akan mempermudahkan urusannya di dunia dan di akhirat.” (HR Muslim)


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Mar 07, 2023

Kempen Sumbangan Tamat