RAYUAN PEMBEDAHAN KAKI TEMPANG

Dimulakan pada:
10 Aug, 2021
RAYUAN PEMBEDAHAN KAKI TEMPANG
92.03%
RM2,761
/RM3,000
139
penyumbang
-
baki hari

Tentang Kempen

Sumbangan ikhlas diperlukan untuk merujuk muallaf kepada Orthopedic swasta dan segerakan pembedahan kaki beliau yang tertangguh hampir setahun kerana hospital kerajaan masih bergelut dengan Covid-19.

Gambar ini diambil pada 18/10/2020 ketika PERKIM BTP ziarah beliau dan beri sumbangan katil, tilam, kain, serta bantuan tunai. Hingga kini beliau masih bertongkat.

RAYUAN BANTUAN PEMBEDAHAN

Beliau memeluk Islam pada Oktober 2020. Belum cukup setahun beliau diuji berbagai masalah, termasuk pernah tidur di tempat pembuangan sampah.

PERKIM BTP dan dengan bantuan seorang penyumbang telah membantu beliau sewa bilik dan memulakan kerja kitar semula barang lusuh.

Namun kerana PKP, pendapatan beliau langsung tiada, hanya bantuan bulanan Lembaga Zakat Selangor sahaja sebanyak RM300.

Kemudian, kaki beliau pula patah dan menjadikan beliau tempang. Oleh kerana hospital-hospital kerajaan sedang bergelut dengan pesakit Covid-19, doktor tidak dapat membedah kaki beliau untuk membetulkan balik tulang yang retak (sila lihat X-Ray dilampirkan). Keutamaan hospital kerajaan ialah pesakit Covid-19, kecuali kes mengancam nyawa.

Beliau adalah seorang yang suka berdikari, sebab itu kami bantu beliau buat kerja barang kitar semula. Namun, kerana PKP beliau tidak boleh menjual barang lusuh ini.

Ini tempat beliau mengumpul barang lusuh. Dalam keadaan bertongkat pun beliau tetap ingin berdikari.

Sudah hampir setahun kaki beliau dalam keadaan tempang, tiada kerja berat boleh beliau lakukan untuk mencari sesuap nasi.

Kami telah berbincang dengan LZS untuk membantu membuat pembedahan kaki itu di Hospital UiTM kerana kadar bayaran agak rendah di sini. LZS boleh pertimbangkan, namun beliau perlu terlebih dahulu mendapat temujanji dengan orthopedic Hospital UiTM, mengambil MRI, CT Scan (setakat ini hospital kerajaan belum ambil MRI / CT Scan kerana Covid-19) dan X-Ray, serta konsultansi dengan Orthopedic Hospital UiTM serta keluarkan sebut harga untuk pembedahan ini.

Kami anggarkan kos konsultansi, MRI, CT Scan dan sebagainya tidak lebih dari RM3,000.

Jika kosnya kurang dari itu, bakinya untuk kelansungan hidup beliau kerana beliau tiada pendapatan disebabkan barang lusuh beliau tidak boleh dijual kerana PKP. Beliau hanya mengharapkan sumbangan dari PERKIM BTP dan bantuan bulanan LZS.

Oleh itu kami merayu kepada anda yang prihatin untuk memberi sumbangan ikhlas untuk PERKIM BTP merujuk beliau kepada Hospital UiTM. Pembedahan perlu segera dilakukan kerana jika beliau terjatuh sekali lagi dikhuatiri tulang beliau patah tebu.

Hanya Allah mampu membalas jasa anda.

Laporan Kempen

28 Nov 2021

Alhamdulillah, hari ini  28/11/2021 PERKIM BTP telah ziarah Muallaf ini yang telah menjalani pembedahan pada 25/11/2021 membetulkan tulang kaki yang patah dan asalnya tidak dapat sambung lurus menyebabkan kemungkinan hilang upaya kekal.

Namun dengan pembedahan ini, dia dijangka pulih sepenuhnya dan mampu berjalan seperti biasa.

Jika tunggu hospital kerajaan mungkin bertahun lagi disebabkan covid dan pembedahan ini rumit.

Terima kasih kepada anda yang telah menyumbang untuk kos consultation.

08 Sep 2021

Alhamdulillah, hari ini 7/9/2021 2 AJK PERKIM BTP  telah membawa saudara Hidayat Sures (Sures a/l Krishnan) ini ke UiTM Specialist di Sg Buloh dan telah menemui Orthopedic Surgeon di sini.

Setelah meneliti laporan Hospital Selayang, dan mengambil X Ray, doktor memberitahu keadaan tulang dia patah dan bengkok, akibat kemalangan tersebut, pembedahan perlu dilakukan tetapi pembedahan ini rumit, ia memerlukan tolong dipotong, ditegakkan dan disambung semula, dipasang "plate" dan sebagainnya (bone grafting + locking plate tibia).

Kami difahamkan "bone grafting" menelan belanja yang besar, tiada pilihan lain untuk membetulkannya melainkan dengan teknik ini. Doctor telah anggarkan kos antara RM22 ribu - RM27 ribu.

Terima kasih atas sumbangan anda semua. Sekurang-kurangnya kini lebih jelas apa sebenarnya masalah tulang kaki beliau hingga masih tempang walaupun sudah setahun lebih kemalangan.

Insya Allah, kami telah memanjangkan sebut harga untuk pembedahan ini kepada pihak Lembaga Zakat Selangor untuk dipertimbangkan. Sama-sama kita doakan.

Untuk rekod, hospital kerajaan tidak dapat menjalankan pembedahan ini kerana keutamaan kepada kes Covid-19 dan disebabkan pembedahan ini juga rumit, maka tidak diketahui bilakan pembedahan ini boleh dilakukan.
 
Sekali lagi, PERKIM BTP mengucapkan terima kasih atas sumbangan anda. Kami doakan anda semua dimurahkan rezeki yang barokah daripada Allah swt.

Walaupun bertongkat, beliau berusaha mencari sesuap nasi dengan memandu lori ini. Tetapi kakinya selalu bengkak dan sakit menyebabkan selalu terpaksa berehat di rumah.

Rujukan Terkini

Tiada Rujukan Terkini

Belum ada yang merujuk kempen ini

!
Anda merasa kempen mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Senarai Penyumbang

Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Aug 19, 2021
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Aug 19, 2021
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM25.00
Aug 19, 2021
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM20.00
Aug 19, 2021
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Aug 19, 2021

Kongsi kempen

Whatsapp
Telegram
Lain-lain

Kempen yang mungkin anda berminat

RAIH PAHALA DENGAN BANTU UTILITI BIL AIR MAAHAD TAHFIZ 2026
KIRIM AL-QURAN KE SUMATERA DAN PEDALAMAN INDONESIA
INFAQ PEMASANGAN PINTU GELANGSAR
SEDEKAH PAKAIAN HARI RAYA UNTUK ANAK YATIM DAN TAHFIDZ QURAN
BANTUAN BERAS UNTUK KELUARGA ASNAF
Kempen Sumbangan Tamat