Belum berdaftar? Daftar sekarang!
Buat carian Kempen
Pertubuhan Komuniti Ihsan Negeri Johor
Dimulakan pada Nov 13, 2024
RM65 / 2.17 %
Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM3,000
6 Penyumbang
Kempen Berakhir!
Kenaikan harga kos barangan semasa di negara kita semakin lama semakin membebankan rakyat. Amat membimbangkan sehingga menjejaskan operasi perjalanan madrasah, tahfiz mahupun Sekolah Rendah Islam di negara kita. Kos operasi yang terlibat akan meningkat naik dan memberi impak yang besar kepada pembelajaran, pengajaran dan aktiviti institusi terbabit.

Justeru itu, pihak Komuniti Ihsan Johor terpanggil untuk membantu institusi-institusi yang terbabit bagi meringankan bebanan kepada mereka. Kos operasi ini antaranya termasuklah:
1. Alat tulis
2. Bahan bacaan
3. Utiliti
4. Aktiviti

Dengan membantu madrasah, tahfiz atau Sekolah Rendah Islam ini, maka kita sebagai umat Islam dapat membantu kelancaran bagi melahirkan generasi anak-anak Islam yang berakhlak mukmin sejati yang dapat mempertahankan dan menyuburkan roh Islam di bumi ini.

Menyumbang walau RM10 pun akan dapat memberikan pahala yang berterusan selagi sedekah kita mengalir di setiap anak-anak ini. Sesungguhnya ini membolehkan institusi ini untuk melahirkan dan mengembangkan syiar Islam. Sama-sama kita berganding bahu untuk menjayakan program ini.
"Kamu tidak sekali-kali akan dapat mencapai kebajikan (yang sempurna) sebelum kamu dermakan sebahagian daripada apa yang kamu sayangi. Sesuatu apa jua yang kamu dermakan, maka sesungguhnya Allah mengetahuinya.
( Ali Imran : 92)
Jom #BuatBaik!
Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Nov 14, 2024