Akta Perlindungan Data Peribadi (PDPA)

Umum

Selamat datang ke laman web sumbangan.com atau aplikasi sumbangan.com, halaman ini di kendalikan oleh Gerbang Sumbangan Sdn Bhd (“Kami”), perlindungan data peribadi yang dimaksudkan dalam halaman ini (“Polisi”) adalah bertujuan sebagai rujukan untuk mengurus dan melindungi penggunaan data dan maklumat penting pengguna laman web (“Anda”). Data dan maklumat peribadi yang telah dikumpul semasa pendaftaran, mengakses dan menggunakan ciri atau perkhidmatan kami, seperti alamat, nombor telefon, alamat emel, kad pengenalan, gambar, video dan maklumat lain (“Data”).

Sebelum Anda mengguna atau memberi maklumat dalam laman web ini, Anda diminta untuk membaca dan memahami terlebih dahulu mengenai polisi perlindungan data peribadi yang telah ditetapkan. Dengan menggunakan laman web sumbangan.com ini maka pengguna dianggap telah membaca, memahami dan menyetujui semua isi dalam Polisi Perlindungan ini. Sekiranya Anda tidak bersetuju salah satu, sebahagian atau seluruh isi Polisi ini, maka pengguna tidak dibenarkan untuk menggunakan perkhidmatan sumbangan.com.

Kami berhak untuk mengubah sebahagian atau keseluruhan dari isi Polisi ini setiap masa, maksudnya peraturan yang terpakai pada halaman ini dapat berubah bila-bila masa secara sepihak dari Kami, apabila hal tersebut terjadi maka Kami akan mencuba untuk memberi pemberitahuan kepada semua pengguna laman sesawang melalui emel, sosial media Kami, ataupun melalui melalui laman web ini secara langsung. Peraturan yang baru akan terlaksana setelah pemberitahuan sudah diterbitkan atau telah dihantar ke semua pengguna laman web. Persetujuan di atas tidak terpakai apabila terdapat perubahan peraturan undang-undang negara Malaysia, Perlindungan laman web ini akan berubah sesuai dengan peraturan undang-undang yang berlaku.

Persetujuan

Maklumat lebih lanjut akan Kami jelaskan di bawah, bila Anda menggunakan atau mengakses perkhidmatan laman web Kami, Kami mungkin mengumpul maklumat Anda dalam pelbagai cara, termasuk ketika Anda memberi maklumat secara langsung kepada Kami dan ketika Kami secara pasif mengumpul maklumat dari laman web.

Data Yang Diminta

Ketika Anda hendak menggunakan laman web kami sebagai Pengguna, iaitu penyumbang terdapat beberapa maklumat peribadi yang akan kami minta seperti nama, alamat emel dan nombor telefon. Apabila Anda mendaftar sebagai penganjur/pengumpul sumbangan terdapat beberapa maklumat peribadi yang akan Kami minta seperti nama, alamat emel, nombor telefon, sosial media, gambar kad pengenalan, nombor kad pengenalan/nombor pasport, nombor akaun bank dan maklumat lain yang kami perlukan. Data tersebut diminta agar pihak kami boleh menghubungi Anda. Kami meminta maklumat yang diperlukan supaya dapat memenuhi permintaan Anda untuk menggunakan laman web ini. Maklumat Anda kami simpan dan akan digunakan sesuai dengan ketetapan Undang-undang dan , peraturan kerajaan. Jika Anda memilih untuk tidak memberi sebarang maklumat, kami tidak dapat memenuhi permintaan Anda dalam menggunakan perkhidmatan laman web ini. Tetapi Anda boleh menggunakan laman web ini sebagai pengguna umum.

Penggunaan Maklumat

Kami menggunakan maklumat peribadi Anda untuk pengesahan, seperti pengesahan akaun, pengesahan nombor akaun bank atau identiti lain. Hal ini diperlukan agar kami mendapat ketelusan maklumat dan tujuan yang jelas dalam menggunakan perkhidmatan laman web ini.

Kami menggunakan alamat emel yang Anda berikan untuk menghantar buletin atau mesej dari laman sesawang kami secara berkala atau pada ketika itu. Dalam perkara tertentu Kami menggunakan maklumat Anda untuk meningkat kan mutu dan perkhidmatan laman web ini.

Kami tidak menjual, menyewa dan memberi maklumat Anda kepada pihak lain, kecuali apabila ditentukan pada persyaratan lain dan diminta oleh pihak yang berwajib yang memerlukan.

Memberi Maklumat Yang Betul

Ketika Anda memberi maklumat Anda kepada Kami, pastikan anda memberi maklumat yang tepat dan lengkap. Jika terdapat maklumat yang diberikan adalah salah, sila log masuk ke dalam akaun anda di laman web ini dan perbetulkan maklumat tersebut. Apabila Anda ingin membetulkan kesalahan ketika pengisian maklumat yang tidak dapat dibetulkan oleh Anda, sila hantar permohonan Anda menggunakan maklumat yang telah berdaftar dengan kami. Mengenai proses perubahan/pembetulan maklumat, Kami mungkin akan meminta maklumat/data tambahan sesuai dengan permintaan yang Anda mohon.

Keamanan Data

Kami tidak pernah memberi maklumat peribadi Anda kepada pihak ketiga, kecuali jika terdapat dalam peraturan perundangan. Kami menjaga keselamatan dan kerahsiaan maklumat Anda yang telah masuk dalam pangkalan data Kami. Jika terdapat maklumat Anda yang bersifat sulit atau rahsia akan Kami simpan sesuai dengan ketetapan yang di persetujui.

Pemberitahuan

Pengunjung Platform atau Pengguna Platform bersetuju dan bersedia untuk menerima semua pemberitahuan melalui media elektronik, termasuk, namun tidak terhad pada emel,khidmat pesanan ringkas (short messaging service atau SMS) dan/atau mesej segera (instant messaging) yang didaftarkannya pada Platform dan untuk itu memberikan kebenaran kepada Penyedia Platform untuk menghubungi Pengunjung Platform atau Pengguna Platform melalui media elektronik tersebut.

Kandungan Awam

Anda mengetahui dan bersetuju bahawa setiap maklumat yang Anda tampil kan pada kandungan atau perkhidmatan Kami, dapat diakses atau dilihat oleh pihak awam. Seperti nama, nombor telefon, emel, jumlah sumbangan, komen pada sumbangan dan sosial media Anda. Perkara ini Kami lakukan supaya terdapat keterbukaan maklumat bagi pengguna laman web agar tidak dapat menimbulkan kecurigaan ataupun prasangka lain yang tidak dapat dipertanggungjawabkan.

Cookies

Cookies adalah fail kecil yang secara automatik akan mengambil tempat di dalam peranti Pengguna yang berfungsi dalam menyimpan preferensi dan konfigurasi Pengguna selama mengunjungi laman web ini.

Cookies tersebut tidak boleh digunakan untuk melakukan akses data lain yang Pengguna miliki di peranti komputer Pengguna, selain daripada yang telah Pengguna bersetuju untuk dihantar.

Walaupun secara automatik peranti komputer Pengguna akan menerima cookies, Pengguna dapat menentukan pilihan untuk melakukan perubahan melalui pengaturan menyemak imbas Pengguna iaitu dengan memilih untuk menolak cookies (pilihan ini dapat menghadkan layanan yang optimum semasa masuk ke laman web.

Maklumat peribadi kanak - kanak di bawah umur dan individu

Sebagai penjaga/orang tua yang sah kepada kanak-kanak di bawah umur (di bawah 18 tahun) Anda di nasihatkan untuk tidak memberi sebarang data ke dalam laman web ini. Apabila data tersebut diberikan kepada laman web ini, Anda dengan ini telah bersetuju untuk terikat dengan Polisi ini dan bertanggungjawab atas tindakan ini.

Dalam keadaan tertentu, Anda mungkin telah diberi maklumat/data yang berkaitan orang lain (seperti pasangan, anggota keluarga atau teman) dan dalam keadaan tersebut, Anda mewakili dan menjamin bahawa Anda diberi kuasa untuk memberikan maklumat/data mereka ke laman web ini dan Anda telah memperoleh persetujuan dari mereka untuk maklumat/data mereka diproses dan digunakan sebagaimana yang ditetapkan dalam Polisi ini.

Pengecualian

Kami tidak bertanggungjawab atas pemberian, pendedahan dan pertukaran maklumat yang dilakukan oleh Anda sendiri. Kami tidak bertanggungjawab atas segala sesuatu yang mungkin terjadi terhadap setiap maklumat mengenai identiti diri yang terdapat pada halaman pengumpulan sumbangan.

Peraturan Undang - Undang

Kami serahkan kepada polisi perlindungan data pengguna sebagaimana yang telah ditetapkan dalam Undang- Undang Malaysia Akta 709 Akta Perlindungan Data Peribadi 10 Jun 2010 yang mengatur dan melindungi penggunaan data dan maklumat penting para pengguna.

Cadangan

Jika terdapat sebarang pertanyaan tentang polisi ini, sila hubungi kami di talian hotline sumbangan.com +60 19 447 5555 atau emel kepada salam@sumbangan.com